TINTA AISYA HUMAIRA

www.tinta-aisya.blogspot.com

Ahlan Wasahlan Ke Blog Tinta Aisya.
"Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah Ke Atas Kami Hikmah-Mu, Dan Limpahilah Ke Atas Kami Khazanah Rahmat-Mu. Wahai Tuhan Kami, Tambahkanlah Ilmu Kami Dan Luaskanlah Kefahaman Kami.Wahai Tuhan Kami, Lapangkanlah Dada-Dada Kami Dan Permudahkanlah Segala Urusan Kami". -Amin Ya Robb-
Selamat Melayari Blog Ini...

MUTIARA HADIS

www.tinta-aisya.blogspot.com

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu, Sehinggalah Dia Mengasihi Saudara Mereka (Sesama Islam), Sepertimana Dia Mengasihi Dirinya Sendiri" -Anas Bin Malik r.a.-
Ukhuwwah Fillah...

24 Mac 2010

Janggut : Sunnah Yang Diabaikan

Janggut juga merupakan salah satu ukuran bagi tahap kematangan seseorang-(saintis Islam)

9 Rabi'ul Akhir 1431

Salah satu sunnah yang sering kali diabaikan oleh umat Islam hari ini adalah memelihara janggut. Banyak orang menganggap bahawa hukum memelihara janggut hanyalah sebatas sunat saja, tidak wajib, sehingga janggut pun dicukur habis. Padahal, janggut adalah sunnah seluruh nabi dan Rasulullah S.A.W. sangat menekankan para sahabat agar sentiasa memelihara janggut. Selain itu, janggut adalah identiti seorang muslim yang membezakannya dari orang musyrik. Di bawah adalah beberapa hadith yang telah kutip dari buku karangan Syeikh Muhammad Zakariyya al-Kandalawi.

Hadith 1
Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. Bersabda, “Sepuluh perkara adalah fitrah, dan mencukur kumis serta memanjangkan janggut itu disebutkan”. (Riwayat Muslim).

Disebutkan dalam kitab Badzlul Majhud bahwa yang dimaksudkan dengan fitrah adalah cara yang dilakukan para nabi. Sepuluh hal ini, salah satunya adalah memotong kumis dan memelihara janggut dan kita diperintahkan untuk mengikutnya. Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Mereka adalah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka”. (Al-Anam : 90)

Hadith 2
Di dalam kitab Hukmul Lihya Fil Islam yang dikutip dari Ibnu Hibban, terdapat hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. yg menyebutkan : “Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa di antara fitrah Islam adalah mencukur kumis dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan kumis mereka dan mencukur janggutnya. Maka berbezalah kalian dari mereka dengan cara mencukur kumismu dan memanjangkan janggutmu.

Hadith 3
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda , “Panjangkanlah janggut-janggut kalian dan cukurlah kumis kalian, dan dengan ini janganlah kalian menyerupai orang-orang yahudi dan nasrani.

Hadith 4
Ibnu Asakir dan lain-lainnya mengatakan bahawa Hassan r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Terdapat sepuluh kebiasaan yang dilakukan oleh umat Nabi Luth a.s. yang menyebabkan mereka dibinasakan. Di antara kebiasaan-kebiasaan itu disebutkan juga mengenai mencukur janggut dan memanjangkan kumis”.

Hadith 5
Dari Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Barangsiapa tidak memotong kumisnya maka dia bukanlah dari golongan kami.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasai).

Kadar Panjangnya
Syariat memerintahkan bahawa panjang janggut adalah sepanjang genggaman tangan kita apabila kita menggenggamnya di bawah dagu. Menurut kesepakatan para ulama, kita tidak dibenarkan mempunyai janggut yang lebih pendek dari itu. Tetapi mereka berbeza pendapat apakah janggut yg melebihi genggaman tangan itu harus dipotong atau tidak. Oleh kerana para sahabat r.a. menyaksikan perkataan dan amalan Rasulullah S.A.W. secara langsung, Syeikh Hussain Ahmad Madani di dalam kitabnya, Falsafah Janggut, berpegang kepada amalan-amalan para sahabat sebagai tolok ukur. Salah satu contohnya adalah amalan Abdullah bin Umar r.a. yang dijadikan pegangan. Imam Bukhari menegaskan, “Apabila Ibnu Umar r.a. melakukan haji dan umrah, dia selalu memegang janggutnya dengan tangannya yang tergenggam, kemudian memotong janggut yg melebihinya.

Selain Ibnu Umar r.a., Umar r.a. dan Abu Hurairah r.a. pun melakukan hal yang serupa. Di dalam ulasan Bukhari, Hafizh Ibnu Hajar meriwayatkan dari Thabari satu kumpulan pendapat bahawa apa saja yang panjangnya melebihi genggaman tangan hendaklah dipotong. Kemudian Thabari meriwayatkan bahawa inilah amalan Ibnu Umar r.a. dan Abu Hurairah r.a. Diriwayatkan juga bahawa Umar r.a. melakukan hal ini juga kepada orang lain. Hal ini telah diterangkan oleh ulama-ulama Hanafi dan Syafi’e dalam kitab-kitab mereka.

Hadith 6
Dalam kitab Abu Dawud diberitakan: Dari Jabir r.a. berkata, "kami pernah membiarkan janggut-janggut kami memanjang dan melebar kecuali ketika musim haji atau umrah”.

Dalam hal ini kita dapat memahamiya dari amalan Ibnu Umar r.a. dan hadith-hadith dari Ibnu Umar r.a. di atas yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dari sini nampak jelas bahawa pada umumnya para sahabat memanjangkan janggut mereka sepanjang tahun dan memotong kelebihannya ketika musim haji dan umrah. Juga sudah jelas bahawa panjang janggut Rasulullah S.A.W. adalah sepanjang telapak tangan atau lebih. Itulah sebabnya mengapa Rasulullah S.A.W. melakukan khilat (menyikat dengan menggunakan tangan) terhadap janggut dan menggunakan sikat untuk meluruskan janggutnya yang lebat sehingga janggut tersebut menutupi dada bahagian atas.

Dengan alasan inilah Amar bin Yasir, Abdullah bin Umar, Abu Hurairah dan Jabir r.a. menyebutkan bahawa mereka biasa memelihara janggut sepanjang telapak tangannya dan lebih, serta mereka mengajarkannya kepada orang lain untuk berbuat demikian. Dengan itu, merupakan hal yang wajar apabila amalan ini merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh sebahagian besar para sahabat. Jabir r.a. menguatkan hal ini dengan berkata,”Kami pernah mempunyai janggut yang panjang dan ketika musim haji dan umrah kami memotongnya (seperti biasa)”.

Rasulullah S.A.W. memerintahkan para sahabat r.a. dan umatnya agar memanjangkan janggut mereka dan menjadikannya simbol orang Islam agar dapat dikenali. Ini akan menjadi suatu simbol yang seragam bagi orang yang beriman. Maka dengan sebab itu tidaklah dibenarkan mencukur atau memendekkan dan juga tidak memelihara janggut yang sedikit (seperti kambing).

Kesepakatan para fuqaha' bahawa memotong janggut kurang dari segenggam tangan tidak dibenarkan. Kesepakatan itu cukup untuk memperkuatkan kewajiban dan keharusannya. Imam Muhammad menulis dalam kitab Atsar, bahawa beliau meriwayatkan dari Imam Abu Hanifah yang meriwayatkannya dari Abu Haitsam yang meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. bahawa Ibnu Umar r.a. pernah memegang janggut dengan tangannya dan memotong bahagian yang terlalu panjang. Imam Muhammad mengatakan bahawa yang inilah yang kami ikuti dan inilah keputusan Imam Abu Hanifah r.a.

Keputusan keempat Iman dan sebahagian ulama telah diberikan dengan panjang lebar dan diperkuat oleh hujjah-hujjah di dalam Awjazul Masalik. Di dalam kitab ini terdapat keputusan yang sangat kuat dan paling diterima dari Imam Syafi’e supaya membiarkan janggut yang panjangnya melebihi telapak tangan.

Ini juga merupakan cara Imam Hanafi. Sedangkan keputusan dari Imam Maliki ialah apabila janggut panjang melebihi kepalan tangan maka hendaklah dipotong. Hal ini tidak bererti bahwa janggut boleh dipotong sehingga lebih pendek dari kepalan tangan, tidak juga bererti bahawa janggut boleh dipanjangkan melebihi telapak tangan. Hanafi mengatakan jika panjang janggut melebihi telapak tangan, maka hendaklah janggut itu dipotong sehingga panjangnya menjadi setelapak tangan.

Hadith 7
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda “Guntinglah kumismu dan tumbuhkanlah janggutmu, kerana dengan demikian kamu menentang kaum majusi (penyembah api)”. (Riwayat Muslim).

Hadith 8
Dari Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tentanglah orang-orang musyrik dengan memanjangkan janggutmu dan menggunting kumismu”.(Muttafaqun Alaih-Misykat).

Allah berfirman,”Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali Imran : 31).
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, maka ia mencintaiku dan barangsiapa mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam syurga”. (Al-Hadith).

Aisya : Seperti yang kita maklum, etika anggota keselamatan di Malaysia terutamanya anggota polis dan tentera tidak membenarkan mereka untuk menyimpan janggut. Ini jelas bertentangan dengan sunnah Nabi S.A.W. Walaupun ianya nampak kecil tetapi sunnah inilah yang amat diabaikan oleh sebahagian ummat Islam yang mana kita tahu kehebatan janggut ini dapat menggerunkan musuh islam. Inilah salah satu agenda musuh-musuh Islam untuk merosakkan hubungan kita dengan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam...

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Tinta Aisya is wearing Abu Uttoh by Aisya Studio | To Blogger by Aisya Humaira at Faisal'z Studio | Entries (RSS) and Comments (RSS).