TINTA AISYA HUMAIRA

www.tinta-aisya.blogspot.com

Ahlan Wasahlan Ke Blog Tinta Aisya.
"Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah Ke Atas Kami Hikmah-Mu, Dan Limpahilah Ke Atas Kami Khazanah Rahmat-Mu. Wahai Tuhan Kami, Tambahkanlah Ilmu Kami Dan Luaskanlah Kefahaman Kami.Wahai Tuhan Kami, Lapangkanlah Dada-Dada Kami Dan Permudahkanlah Segala Urusan Kami". -Amin Ya Robb-
Selamat Melayari Blog Ini...

MUTIARA HADIS

www.tinta-aisya.blogspot.com

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu, Sehinggalah Dia Mengasihi Saudara Mereka (Sesama Islam), Sepertimana Dia Mengasihi Dirinya Sendiri" -Anas Bin Malik r.a.-
Ukhuwwah Fillah...

17 Februari 2009

Jom Ke Kuliah...!!!

Ni Laa kuliah saya. Kuliah Lil Banat, University Al-Azhar of Egypt.

Eh2, cam nak terbalik jer bas tu...hehehe!!

Suasana mase nak naik bas ke kuliah. Camni la keadaannya tiap-tiap hari...

22 Safar 1430

Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar cuti fasal pertama dah melabuhkan tirainya. Bermakna, kuliah untuk fasal kedua musim panas dah bermula. Waaaa… tak nak exam…takut…malas… Ish ish ish, kena hazaf sume tu dari minda, betulkan niat dan hadaf, dah dinamakan student kan! Walau sesibuk mana sekalipun kita, imtihan tetap suatu kewajipan untuk ditempuh..huhu!! Erm...azam tahun ni nak lebih berjaya dari tahun sebelumnya. Memang subjek-subjek untuk fasal kedua ni rata-rata lebih banyak dan lebih susah daripada subjek-subjek fasal pertama. So, tak dapat tidak kena struggle betul-betul la untuk imtihan kali ni..

Actually, saje je nak membuang mase sementara ade masih ade mase sket ni, lepas ni mungkin tak berkesempatan masa nak letak posting banyak-banyak disebabkan kesibukan yang bakal melanda, hehe!! Selagi bergelar pelajar dan khalifah Allah dimuka bumi ini, memegang amanah memperjuangkan agama Allah, perjuangan dalam menuntut ilmu ini akan tetap diteruskan.
Kepada sahabat-sahabat semua “ Selamat berkuliah & menjalani ibadah sebagai seorang pelajar dan daie ” Semoga kite semua diberikan nusrah, perlindungan dan keberkatan dalam menuntut ilmu Allah. Amin Ya Robb…

Aisya : insyaAllah, lepas imtihan nak balik Mesia, doakan kami berdua lulus dalam imtihan kali ni ek!

9 Februari 2009

Jumpe Lagi Kerang...!!!

Haa...ni lah kerang yang Abu Uttoh kutip. Besar kan?!

Abu Uttoh posing kat Pantai Dumyat...

Obor-obor terapung kat tepi pantai

14 Safar 1430

Kelmarin, saya, zauj ngan kawan-kawan mengikuti rehlah yang dianjurkan KPT ke pantai Dumyat. Hadafnya bukanlah untuk makan angin tapi nak cari kerang. Perjalanan yang agak jauh mengambil mase kira-kira 3jam setengah. Memang teramat meletihkan mata, tapi kerang punya pasal kutempuhi jua,hehehe...
Dalam kul 11.30pg kami sampai ke pantai Dumyat yang sunyi sepi dan hanya berteman gelora ombak dan deruan angin. Pesisirnya berlatarbelakangkan rumah-rumah yang cantik bak singgahsana permaisuri Balqis...terdetik di hati untuk memiliki singgahsana seperti itu...huhu. Selesai sahaja santapan tengah hari bersama zauj tersayang, kami memulakan sesi fotografi supaya ianya menjadi kenangan buat kami dalam menikmati keindahan alam dan nikmat kurniaan Allah SWT ini. Ekspedisi diteruskan lagi dengan hadaf utama kami. Berbekalkan beg merah hitam pemberian sahabat, kami penuhinya dengan kerang-kerang. Zauj saya menunjukkan ke’expert’annya mencari kerang sehingga kerang-kerang besar tidak mampu lagi untuk bersembunyi...hehehe!! Kami meneruskan lagi pencarian menelusuri pesisir pantai Dumyat yang kian surut airnya. Beg merah hitam semakin dipenuhi dengan kerang. Kami masih rakus mencari dan terus mencari. Menyedari petang yang semakin melabuhkan tirai, kami bersiap sedia untuk pulang. Kelihatan sahabat-sahabat membawa guni-guni yang penuh dengan kerang menuju ke tremco untuk dibawa pulang. Kami singgah sebentar di masjid Ad-Dakwah yang sememangnya terkenal di Bandar So’idi yang terletak di tengah-tengah bandar Dumyat Jadid untuk menjamakkan solat sebelum meneruskan perjalanan pulang.
Perjalanan diteruskan. Keletihan mematahkan tengkuk-tengkuk kami dan membuaikan mimpi. Alhamdulillah, walaupun hanya seciput kepuasan terlakar di wajah kami, namun kami tetap bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Robbul Izzati Yang Maha Agung.

Aisya : Kepada kerang-kerang semua, tunggulah kedatangan kami pada musim sejuk akan datang, insyaAllah...

Ma'rod Oh Ma'rod...

Suasana kat sekitar Ma'rod Duwali 2009

Tengok kat belakang tu, ade kereta api untuk bawak pengunjung pusing-pusing kat sekitar ma'rod...

14 Safar 1430

Dah lama tinta ini sepi tanpa nukilan..bukan mahu menyepi tapi keadaan yang membuatkan tinta ini bisu tanpa kata-kata. Biasalah, tugas sebagai seorang pelajar ni bukanlah ringan, tambah-tambah pulak dah dapat status isteri ni, tanggungjawab pun dah lebih la sket nak banding ngan zaman bujang dulu. Actually, sekarang ni tengah cuti fasal pertama, kiranya baru selesai imtihan la. Erm, ni baru jer ade mase sket nak operasikan blog ni.

Baru ni saya ngan Abu Uttoh berpeluang gak ke ma’rod kitab antarabangsa walaupun dah masuk hari terakhir. Maklum la, Abu Uttoh agak sibuk akhir-akhir ni. Niatnya nak beli poster ayat-ayat Al-Quran kat sana, tapi dah agak kelewatan kot, tak sempat nak beli sebabnya maktabah tu dah tutup, takde rezeki la nak wat balik poster tu kat Malaysia tahun ni...huhuhu! So, kami jalan-jalan jer la kat sana tengok-tengok kitab, nak tengok harga kang tak sampai hati lak, lagipun kitab dah banyak kat umah. Tapi kami sempat gak beli peta dunia harga 2genih, untuk wat kenangan ma’rod tahun ni...hihihi!

Aisya : Dengar katanya, tahun depan ma'rod akan dibuat kat tempat lain, sebabnya tapak ma'rod yang sekarang tu akan di'islah' & dinaik taraf.

4 Februari 2009

Tahukah Anda Rahsia-Rahsia Israel Yang Disembunyikan

Save Palestine

10 Safar 1430

Tahukah anda bahawa selain daripada bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga negara haram Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanahnya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar.

Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna yang khusus untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

Tahukah anda bahawa Jerusalem timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.

Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 000 penduduk Palestin di daerah itu.

Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkankan 5 million US$ dari penghasilan pajaknya setiap tahun untuk Israel.

Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan persenjataan kepada Israel sebanyak 1.8 million US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu adalah sama dengan sumbangan yang diberikan oleh Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika.

Tahukah anda bahawa Israel juga sedang menunggu bantuan perang tambahan sebanyak 4 million US$ dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk. Dan kerana Amerika merupakan negara sekutu utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua bantuan yang diminta Israel untuk menjamin kestabilan negara haramnya.

Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah memberi tekanan pada congress yang mengecam pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 semasa perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklier pada tahun 1981.

Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan untuk pengembangan senjata nuklier dan menolak permintaan pasukan siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nukliernya.

Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya negara haram Israel pada tahun 1948, mereka telah memiliki tempat pengembangan senjata nuklier.

Tahukah anda bahawa Jeneral Tertinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

Tahukah anda bahawa Israel mengebom kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu menggugurkan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan susulan terhadap Israel tetapi hanya memberi alasan bahawa tentara Israel telah tersalah sasaran. Bayangkan sekiranya serangan itu dilakukan oleh negara Islam, sudah tentu kita telah dapat membayangkan apa yang akan berlaku.

Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 resolusi. Bayangkan seandainya hanya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap bangsa yahudi agar mereka tetap menjadi warga negara itu.

Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tersilap dalam pengeboman Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang menewaskan lebih dari 1000 rakyat Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentara Israel telah mengarahkan buruh-buruh Palestin yang sedang menunggu bas untuk duduk berbaris di atas tanah, lalu dia menembak mereka dari jarak setengah meter. Pemerintah Israel menyatakan bahawa tentara itu tidak bersalah bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel.

Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua pejabat di Israel hanya boleh menampal iklan jawatan kosong dengan perkataan: “jawatan kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “ seorang pengurus diperlukan dengan syarat berbangsa yahudi”

Tahukah anda bahawa Kementerian Luar Negeri Israel menggaji 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

Tahukah anda bahawa Ariel Sharon mengajak Parti Radikal Molodeit untuk menjadi sekutu utama dalam kabinetnya padahal parti itu berideologi radikal dengan tujuan dasarnya adalah untuk membesihkan Israel dari non yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel.

Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion bersetuju dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa Arab dari Israel? Tahukah anda bahawa ketua Rahib di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) mendokong tentera Israel untuk memusnahkan warga Palestin bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, memusnahkannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan seksaan yang sangat pedih. Dia telah melarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih dan sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk memusnahkannya, kerana mereka itu makhluq yang jahat dan terkutuk”.

Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Muslim Palestina untuk menentang penjajah yahudi laknatullah.

Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel telah memutuskan larangan penyeksaan semasa proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Intelligent Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaan.

Tahukah anda, walaupun Israel terus mengganggu proses pendidikan dan merosakkan seluruh prasara pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3).

Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang mana telah diberi jaminan oleh undang-undang antarabangsa HAM yang telah diterbitkan pada tanggal 10 Disember 1948. Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana dihalangi oleh perjanjian persepakatan OSLO.

Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu dalam perang pada tahun 1967, padahal fakta yang sahih adalah sebaliknya, justeru Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah untuk mempertahankan diri.

Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan convention Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga sivil Palestin.

Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel. Salah satu contohnya adalah ketika mana dia melarang tentera Israel untuk melakukan serangan, tetapi tentera Israel terus menyerang dan menembak rakyat sivil Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan adalah pembunuhan tiga wanita Palestin, yang mana mereka pada ketika itu sedang berada dalam penjara.

Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendiri.

Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahwa Israel adalah negara racisme dan apartheid seperti negara Afrika Selatan sebelum ia dipimpin.

Aisya : Teruskan memboikot barangan Israel laknatullah dan sekutu2nya...

Related Posts with Thumbnails

Tinta Aisya is wearing Abu Uttoh by Aisya Studio | To Blogger by Aisya Humaira at Faisal'z Studio | Entries (RSS) and Comments (RSS).