28 Mac 2010
Teguran (Part 2)

13 Rabi'ul Akhir 1431
SITUASI MASYARAKAT KINI
Ramai di kalangan masyarakat kita pada hari ini, lebih-lebih lagi golongan agamawan khususnya azhariyyun dan azhariyyat yang petah berkata-kata, pandai menyusun kata dan memberi motivasi kepada orang lain serta terlalu ghairah untuk menegur bagi menyatakan dirinya yang lebih sempurna berbanding orang lain. Perlu diingat, ini adalah salah satu sifat manusia yang yang diistilahkan sebagai ‘sombong dunia’ atau keras hati dan jenis manusia sebegini tidak suka menerima pandangan orang lain lebih-lebih lagi sekiranya penegurnya itu adalah orang yang lebih muda atau sebaya. Malah, bagi mereka, pandangan mereka adalah jauh lebih baik dan pandangan orang lain adalah sebaliknya. Mereka seolah-olah memaksa masyarakat sekeliling untuk menerima pandangan mereka walaupun ada sesetengah masyarakat yang tidak bersetuju dengan apa yang dibawanya. Mereka ini adalah golongan yang sangat payah untuk ditegur dan perlu mengambil pendekatan yang berbeza contohnya mewakilkan seorang yang jauh lebih tua untuk menegur mereka, atau mewakilkan dengan seseorang yang mereka sangat hormati.
Menurut kajian pakar-pakar motivasi di Malaysia, golongan manusia yang bersifat sebegini banyak terdapat dalam masyarakat Melayu yang berlatarbelakangkan sederhana atau kaya. Dari sudut keluarga pula, kebiasaannya sifat sebegini wujud dalam diri anak bongsu yang mempunyai adik beradik yang ramai.
Sebagaimana yang kita tahu, manusia yang bergelar Melayu Muslim seperti kita ini amat mementingkan adab kesopanan dan tatasusila kerana bangsa Melayu Muslim amat sensitif dengan perkara-perkara sebegini. Ini menunjukkan bahawa budaya tegur menegur di dalam masyarakat Melayu Muslim memerlukan kepada pendekatan yang cukup berhemah.
Untuk mengelakkan perpecahan di dalam masyarakat, kesalahan-kesalahan ketika menegur perlulah diminimakan. Ada sesetengah individu yang gemar menggunakan pendekatan menegur dengan hanya berkias tanpa menceritakan hal sebenar yang berlaku lalu menyebabkan orang yang ditegur itu terpinga-pinga tanpa mengetahui apa sebenarnya kesalahan yang dilakukan. Maka perjelaskanlah, jangan membuatkan segala kesalahfahaman itu membunuh hubungan yang terjalin selama ini. Ada juga sesetengahnya yang mengambil pendekatan menegur dengan cara yang ‘kasar’ tanpa mengambilkira perasaan orang yang ditegurnya. Ini adalah situasi yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini yang mana mengakibatkan rosaknya hubungan sesama Islam.
Sebagai contoh apabila kita ingin menegur sahabat yang melakukan kesalahan, sewajarnya bagi kita memahami perasaan dan sifat peribadinya supaya tidak timbulnya rasa dendam dan ketidakpuasan hati dalam diri orang yang ditegur.
Teringat kisah seorang sahabat saya yang telah menegur sahabatnya dengan hanya menghantar SMS dan juga mengemukakan komen-komen di laman sosial. Ini jelas satu pendekatan yang tidak tepat dan sekaligus menyebabkan tergurisnya hati seorang sahabat. Hal ini mengakibatkan terjadinya situasi di mana apabila mereka bertemu seolah-olah tidak ada apa yang berlaku, tetapi di ruangan maya, dia seolah-olah melepaskan dendam dan hasad yang terbuku di hati. Secara peribadinya saya memang amat tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambilnya itu.
Saya merasakan cara yang terbaik untuk melakukan teguran itu haruslah dengan bersemuka bukan dengan cara menghentam dari belakang yang mana cara ini sebenarnya amat melukakan hati sahabat yang ditegur. Ramai di kalangan masyarakat khususnya yang bergelar ustaz dan ustazah, terlalu ghairah dalam melakukan teguran tetapi dalam masa yang sama mereka melenting apabila ditegur. Dengan maksud apabila mereka ditegur, mereka seboleh-bolehnya mencari alasan untuk tidak disandarkan kesalahan itu kepada mereka malah menghentam semula orang yang menegurnya. Inilah realiti yang wujud di kalangan azhariyyun dan azhariyyat.
Seharusnya pilihlah sesi teguran yang sesuai dan memudahkan orang ditegur itu menerima dan mendengar teguran kita. Elakkan menegur seseorang secara terbuka, di depan khalayak ramai, atau di depan sahabat-sahabatnya. Biarlah kita menegur seseorang itu seadanya dan pada kadar dan had yang sepatutnya.
Sekiranya kita mahu menegur seseorang melalui tulisan di ruangan maya, tegurlah dengan apa yang perlu sahaja. Tidak perlu membangkitkan soal-soal yang tak sepatutnya, teguran itu juga tidak perlu berbentuk ‘menghentam’ dan juga tidak perlu terlalu ghairah untuk menunjukkan kesalahannya. Memang amat sedih sekiranya mereka yang berniat untuk menegakkan sesuatu kebenaran tetapi teguran yang dilakukan tidak menepati adab-adab yang sepatutnya. Kadang-kadang, keinsafan telah mekar di hati orang yang ditegur tetapi mereka masih lagi menghentam dan mencari kesalahannya.
Perlu diketahui bahawa, objektif sebuah teguran itu adalah untuk mengingatkan orang yang berbuat salah agar sedar akan kesalahan yang dilakukan dan diharapkan tidak mengulangi kembali bukannya matlamat sebuah teguran itu untuk membuatkan pihak yang bersalah semakin diulit rasa bersalah dan menambahkan lagi tekanan buatnya. Itulah kesilapan yang banyak berlaku dalam masyarakat. Manusia-manusia sebegini tidak perlu dianggap hebat kerana mereka hanyalah sekadar memulakan bibit-bibit pergaduhan dan persengketaan. Golongan yang belajar ilmu agama yang merasakan diri mereka pandai seharusnya tidak bersikap sedemikian. Jangan sampai kita terlalu ralit mengutarakan dalil-dalil sehinggakan kita terlupa untuk mengambil kira hati dan perasaan orang yang ditegur. Selepas itu kita pun merasakan yang kita dah membuat satu kebaikan. Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Maidah ayat : 8 yang bermaksud :
“dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
Dalam satu ringkasan sesi ceramah Dr. Zakir Naik berkenaan ‘Media dan Islam’ beliau membuat kesimpulan bahawa perlunya golongan cendekiawan dan ulama’ yang mahir dalam ilmu agama untuk mempelajari kemahiran berkomunikasi sama ada sesama muslim atau bukan muslim untuk mengelakkan golongan yang dipandang mulia ini menjadi fitnah pada agama Islam itu sendiri dalam setiap hujah dan dalil yang mereka utarakan.
Janganlah kita hanya mampu menegur dengan membawa dalil-dalil yang mantap, tetapi seharusnya kita mampu menegur sesuatu kesalahan TANPA PERLU ADA SIKAP EMOSIONAL dalam setiap teguran yang dilakukan. Betul, sikap manusia tidak pernah sempurna tetapi kadang-kadang tindakan, percakapan dan fikiran kita berlandaskan emosi yang melampau.
Kajian memberitahu bahawa, kita dapat melihat tahap kematangan seseorang dengan cara kita menilai sikap emosionalnya ketika berkomunikasi atau menegur. Sekiranya sikap emosional yang ketara ditunjukkan ketika berkomunikasi atau berlakunya teguran, ini menunjukkan bahawa tahap kematangannya masih lagi rendah dalam soal kehidupan. Perkara ini jelas, sekiranya kita melihat emosi yang selalu ditunjukkan oleh kanak-kanak membuatkan mereka sentiasa menangis. Jadi, jagalah emosi anda dan serlahkan kematangan anda ketika menegur.
KESIMPULAN
Persoalan yang perlu kita tekankan di sini adalah, adakah cara atau pendekatan yang kita ambil untuk menegur seseorang itu betul? Adakah teguran yang dilakukan boleh membuatkankan seseorang berasa tenang? Atau tersinggung dan terasa?
Jadi, dalam melaksanakan sesuatu teguran, haruslah diutamakan pendekatan yang paling lembut. Bukan setakat isi teguran kita, bahkan gaya bahasa kita, susunan kalimat yang kita gunakan dalam menegur, mimik muka yang manis, dan sekiranya teguran yang berbentuk tulisan atau komentar, maka janganlah menggunakan kalimat-kalimat yang boleh menimbulkan perasaan resah dan benci di dalam hati orang yang ditegur. Semua itu penting dalam memastikan teguran yang kita buat adalah teguran yang berkesan, berhemah dan berhikmah.
Saya teringat kalam yang selalu diucapkan oleh saudara al-Fadhil Ustaz Sabri bin Yamin merangkap Pengerusi Komuniti HPA Kaherah, yang mana beliau menyatakan, “biarlah kita sibukkan diri kita ini dengan melihat kelemahan kita sendiri kerana dengan itu menyebabkan kita tidak ada masa untuk menyibukkan diri kita dengan kelemahan-kelemahan orang lain”.
Aisya : Cara yang terbaik untuk menegur sahabat anda adalah dengan cara yang di ajar oleh Rasulullah S.A.W. Sekiranya kita ingin menegur sahabat yang melakukan kesalahan, tegurlah dengan berhemah dan berhikmah. Bersemukalah dengan mereka dengan cara yang sepatutnya agar segala kekusutan dapat diselesaikan dengan bijaksana dan dapat diterima dengan sebaiknya. Mulakan teguran dengan berselawat dan tegur dengan cara yang manis dan matang tanpa perasaan yang emosional. Juga janganlah menghentam mereka apabila anda pula ditegur kerana seseorang yang suka menghentam seseorang adalah seseorang yang diulit sifat hasad dalam diri. Apapun, sekiranya dia terus menghentam anda, biarkan dia terus dengan emosinya dan ketidakmatangannya itu. Mengalah adalah jalan yang terbaik kerana ianya adalah sifat seorang pemimpin. Untuk menjadi pemimpin yang hebat dan matang sama ada sebagai ketua keluarga atau masyarakat, tidak dapat tidak kita perlu menanam sifat mengalah dalam diri terhadap perkara-perkara yang remeh sebegini. Fikirkan dan renungkan…

Teguran (Part 1)
Perkataan boleh jadi setajam pisau13 Rabi'ul Akhir 1431
Surah 'Abasa, surah ke-80 yang mempunyai 42 ayat adalah merupakan teguran dari Allah S.W.T. buat kekasih-Nya. Sebagaimana yang diriwayatkan, telah datang seorang buta iaitu Ummu Maktum kepada Rasulullah S.A.W. dan meminta Rasulullah S.A.W. supaya memberi petunjuk kepadanya. Lalu Rasulullah S.A.W. berpaling daripadanya kerana saat itu baginda sedang menghadapi para pembesar-pembesar Quraisy. Lalu Ummu Maktum berkata :
“Adakah aku menggangumu wahai Rasulullah?“
Lalu baginda menjawab, “Tidak”
Maka Allah S.W.T. menurunkan surah ini sebagai teguran atas perbuatan Rasulullah S.A.W. terhadap Ummu Maktum.
Jelas disini bahawa budaya tegur menegur ini merupakan salah satu amalan antara Allah S.W.T. dan para Nabi dan Rasul a.s. yang mana harus menjadi suatu amalan bagi kita semua lebih-lebih lagi yang bergelar azhariyyun dan azhariyyat ini.
Terdapat banyak lagi firman Allah S.W.T. di dalam Al-quran yang menekankan kepentingan budaya menegur di kalangan manusia. Cuma perihalnya kini adalah kepada cara perlaksanaannya . Bagaimana? Untuk apa? Kepentingan atau keikhlasan? Kesan dan sebagainya. Islam punya aturan dan garis panduan untuk setiap inci perkara di dalam kehidupan umatnya, walau hanya sekecil-kecil perkara.
Disebut di dalam sebuah hadis sahih di dalam kitab Riyadhus Solihin bahawa terdapat seorang lelaki pada hari Kiamat, perutnya panjang berjela-jela dan diikat pula pada penunggul. Kemudian perutnya diseret menggelilingi penunggul tersebut seperti beruk mengheret tali di sekelilingnya.
Maka manusia mengerumuninya seraya bertanya,
“Mengapa kamu dijadikan sedemikian rupa sedangkan di dunia dahulu kamulah orang yang hebat bercakap dan kamu ini seorang ustaz yang kerja kamu mencegah orang daripada melakukan maksiat dan menyuruh melakukan kebaikan?“
Lalu dia menjawab,
“Aku menyuruh orang berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukannya. Inilah balasan yang Allah S.W.T. berikan kepadaku“.
TUJUAN MENEGUR
Si penegur atau pemberi nasihat perlu jelas bahawa hadafnya melakukan teguran itu hanyalah satu iaitu untuk menegakkan kebenaran tetapi haruslah dengan kesabaran. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr)
Jadi haruslah kedua-dua si penegur dan yang ditegur jelas akan perihal teguran ini hanya untuk menegakkan kebenaran, dan kebenaran yang tertegak itu hasilnya kadangkala lambat, lalu perlulah bersabar dan bersikap positif. Ini lah konsep yang diketengahkan di dalam Al-quran.
Persoalan yang amat penting dan perlu diberi perhatian serius di sini adalah mengapa kita mahu menegur, benarkah kerana untuk menegakkan kebenaran atau disebabkan diri sendiri yang tidak berpuas hati? Ikhlaskan niat dan berhati-hatilah ketika menegur kerana disinilah selalunya timbul kesalahfahaman, yang mungkin menyentuh sensitiviti ke atas sesuatu perkara selain menyebabkan perasaan orang yang ditegur itu tersinggung.
CARA TEGURAN YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH SAW (SBG KUDWAH HASANAH)
Firman Allah S.W.T. di dalam surah An-Nahl ayat : 125, yang bermaksud :
“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik”.
Merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para daie supaya menyebarkan dakwah serta memberi nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan berstrategi. Para daie mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah jauh dari realiti dan tidak terlaksana.
Sirah Rasulullah S.A.W. mencatat pelbagai peristiwa teguran Rasulullah S.A.W. kepada orang yang berbeza dengan kaedah berbeza.
Dalam sebuah kisah di mana seorang lelaki yang datang meminta izin baginda untuk berzina. Lalu apa respon baginda? Adakah Rasulullah S.A.W. mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Tidak, bahkan Rasulullah S.A.W. bertanya lelaki itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu : “Aku tidak suka wahai Rasulullah” Lantas baginda berkata dengan lembut : “Begitu juga dengan orang lain, mereka juga tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka”.
Itulah di antara uslub atau kaedah Rasulullah S.A.W. menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering memandang remeh tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. ini. Jadi, gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.
Malah Allah S.W.T. berfirman dalam surah Ali-Imran ayat : 159 yang bermaksud :
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”.
Dan Rasulullah S.A.W. bersabda :
المسلم من سلم المسلمين من لسانه ويده
"Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan(atau mensejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya (percakapan) dan tangannya".
ADAB MENEGUR
Panggillah dengan apa-apa gelaran yang sesuai,yang dapat melembutkan hati terutamanya mereka yang lebih tua dan berhentilah merendah-rendahkan orang lain, teruskan berkongsi kerana ia sangat penting buat kita.
Perbetulkan niat, ikhlaskan kerana Allah, jangan menganggap bahawa diri kita sebegai penegur adalah lebih mulia. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang bertaqwa”.
Lalu mana kita tahu amalan siapa yang lebih tinggi darjatnya? Mana kita tahu amalan siapa pula yang diterima-Nya. Jadi, diingatkan di sini bahawa teguran yang kita lakukan itu adalah sebagai satu usaha dari seorang manusia dan tinggalkan urusan selebihnya kepada Allah S.W.T. yang Maha Haqq dalam menilai iman dan taqwa seseorang.
TEGURAN DAN JIWA BESAR, SABAR DAN HUSNUDZON YANG TINGGI
Teguran itu ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia berhubungan dengan perasaan. Perlu tulus dan ikhlas. Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelaskan dahulu dengan kekusutannya, baharu disusun kata dalam nasihat. Di sinilah selalunya timbul masalah apabila kita kurang sabar dalam memerhatikan perubahan seseorang setelah di tegur.
Seorang ahli ilmu balaghah pernah berkata yang di petik di dalam buku La Tahzan karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni :
“Janganlah kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaannya, dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah melakukan suatu kesalahan”.
DOA
Doa Agar Difasihkan Lidah dan Dilapangkan Dada Untuk Melakukan Teguran
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.
-Surah Taha ayat 25-26
Amalkan ayat ini sebelum memulakan teguran.
Aisya : Tegurlah dengan cara yang baik, janganlah dengan teguran yang kita lakukan itu memulakan bibit-bibit persengketaan yang amat merugikan dengan kalam amarah yang sia-sia. Kadang-kadang kita mampu memberi motivasi dan pandangan terhadap sesuatu perkara tetapi kita tidak mampu untuk memotivasikan diri kita sendiri. Ini adalah kerana timbulnya sekelumit sifat hasad di hati kita yang tidak suka melihat orang lain lebih dari kita dan merasakan kita lebih sempurna berbanding orang lain… Fikirkanlah… Renungilah…

25 Mac 2010
Iklan Jawatan Kosong..!!

10 Rabi'ul Akhir 1431
KEKOSONGAN JAWATAN :
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham, termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
Aisya : Sebagai pedoman buat kita. Semoga kita diterima untuk jawatan A.

Kenali Parasit Komputer
9 Rabi'ul Akhir 1431
Virus.? biasa sangat dengar...
Tapi yang lain-lain ancaman parasit belum pasti lagi. Ini kerana ancaman komputer masa kini bukanlah hanya virus semata-mata, banyak lagi parasit-parasit lain yang bertujuan menggangu sistem komputer. Jom kita semak senarai parasit tersebut.
Virus Komputer
Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer. Dunia IT akan terus digemparkan dengan
kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi di dalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer, dokumen, boot sector dan sebagainya. Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti, virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin, memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.
Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contoh Worm sasser boleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat. Contoh lain pula ialah Worm CodeRed boleh mengeksploitasi kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.
Adware
Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware, shareware dan sebagainya. Jadi, pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.
Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya. Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka. Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk freeware, shareware atau demo yang boleh dimuat turun (download) dengan mudah internet.
Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.
Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web, menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah. Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali, malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.
Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet, memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.
Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda,termasuklah perbualan email dan chat.
Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keutungan.
Spam
Melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka, mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya. Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.
Aisya : Kalu nak cucuk-cucuk pendrive tu hati-hati yer..!!

Teruskan Berjalan...
Saraf Tapak Kaki (Klik Untuk Besarkan Imej)9 Rabi'ul Akhir 1431
Allah menciptakan tubuh kita dengan sempurna. Pakar akupuntur biasa mengatakan setiap urat di dalam organ-organ manusia dimatikan di tapak kaki. Oleh itu jika kita terus berjalan kita akan selalu menekan titik-titik tekanan ini dan dengan demikian menjaga organ-organ ini dihidupkan setiap saat.
Jadi, teruskan berjalan...jangan sikit-sikit nak naik kereta, manja sangat. Diceritakan, ada seorang CEO yang sengaja memarking keretanya jauh dari pintu pejabat untuk berjalan sekurang-kurangnya membuat senaman. Kita pula lagi dekat dengan pintu pejabat, tu yang jadi rebutan.

Aisya : InsyaAllah, lepas ni artikel pasal saraf tapak tangan plak...
24 Mac 2010
7 Keajaiban Air Mata
9 Rabi'ul Akhir 1430
Siapa kata menangis tak ada gunanya? Lama kelamaan menangis memang boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah anggap kerana menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Ini dia 7 keajaiban yang boleh kita perolehi setelah menangis dan berair mata.
PERTAMA : MEMBANTU PENGLIHATAN
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
KEDUA : MEMBUNUH BAKTERIA
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
KETIGA : MENINGKATKAN MOOD
Seseorang yang menangis dapat menurunkan tahap stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasikan sistem metabolisme tubuh dibandingkan air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
KEEMPAT : MENGELUARKAN RACUN
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan salah tafsiran, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata.
KELIMA : MENGURANGKAN STRESS ATAU TEKANAN
Bagaimana menangis dapat mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iatu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan tahap stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
KEENAM : MENINGKATKAN KEMAMPUAN BERKOMUNIKASI
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga dapat membantu seseorang meningkatkan kemampuan berkomunikasi. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya kepada teman-teman rapat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.
KETUJUH : MELEGAKAN PERASAAN
Rasanya semua orang akan berasa begini kan? Meskipun anda didera dengan berbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal ini membuat seseorang itu merasa lebih baik dan lega.
Aisya : Menangis dapat membina sebuah kekuatan dalam diri

Janggut : Sunnah Yang Diabaikan
9 Rabi'ul Akhir 1431
Salah satu sunnah yang sering kali diabaikan oleh umat Islam hari ini adalah memelihara janggut. Banyak orang menganggap bahawa hukum memelihara janggut hanyalah sebatas sunat saja, tidak wajib, sehingga janggut pun dicukur habis. Padahal, janggut adalah sunnah seluruh nabi dan Rasulullah S.A.W. sangat menekankan para sahabat agar sentiasa memelihara janggut. Selain itu, janggut adalah identiti seorang muslim yang membezakannya dari orang musyrik. Di bawah adalah beberapa hadith yang telah kutip dari buku karangan Syeikh Muhammad Zakariyya al-Kandalawi.
Hadith 1
Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. Bersabda, “Sepuluh perkara adalah fitrah, dan mencukur kumis serta memanjangkan janggut itu disebutkan”. (Riwayat Muslim).
Disebutkan dalam kitab Badzlul Majhud bahwa yang dimaksudkan dengan fitrah adalah cara yang dilakukan para nabi. Sepuluh hal ini, salah satunya adalah memotong kumis dan memelihara janggut dan kita diperintahkan untuk mengikutnya. Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Mereka adalah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka”. (Al-Anam : 90)
Hadith 2
Di dalam kitab Hukmul Lihya Fil Islam yang dikutip dari Ibnu Hibban, terdapat hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. yg menyebutkan : “Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa di antara fitrah Islam adalah mencukur kumis dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan kumis mereka dan mencukur janggutnya. Maka berbezalah kalian dari mereka dengan cara mencukur kumismu dan memanjangkan janggutmu.
Hadith 3
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda , “Panjangkanlah janggut-janggut kalian dan cukurlah kumis kalian, dan dengan ini janganlah kalian menyerupai orang-orang yahudi dan nasrani.
Hadith 4
Ibnu Asakir dan lain-lainnya mengatakan bahawa Hassan r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Terdapat sepuluh kebiasaan yang dilakukan oleh umat Nabi Luth a.s. yang menyebabkan mereka dibinasakan. Di antara kebiasaan-kebiasaan itu disebutkan juga mengenai mencukur janggut dan memanjangkan kumis”.
Hadith 5
Dari Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Barangsiapa tidak memotong kumisnya maka dia bukanlah dari golongan kami.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasai).
Kadar Panjangnya
Syariat memerintahkan bahawa panjang janggut adalah sepanjang genggaman tangan kita apabila kita menggenggamnya di bawah dagu. Menurut kesepakatan para ulama, kita tidak dibenarkan mempunyai janggut yang lebih pendek dari itu. Tetapi mereka berbeza pendapat apakah janggut yg melebihi genggaman tangan itu harus dipotong atau tidak. Oleh kerana para sahabat r.a. menyaksikan perkataan dan amalan Rasulullah S.A.W. secara langsung, Syeikh Hussain Ahmad Madani di dalam kitabnya, Falsafah Janggut, berpegang kepada amalan-amalan para sahabat sebagai tolok ukur. Salah satu contohnya adalah amalan Abdullah bin Umar r.a. yang dijadikan pegangan. Imam Bukhari menegaskan, “Apabila Ibnu Umar r.a. melakukan haji dan umrah, dia selalu memegang janggutnya dengan tangannya yang tergenggam, kemudian memotong janggut yg melebihinya.
Selain Ibnu Umar r.a., Umar r.a. dan Abu Hurairah r.a. pun melakukan hal yang serupa. Di dalam ulasan Bukhari, Hafizh Ibnu Hajar meriwayatkan dari Thabari satu kumpulan pendapat bahawa apa saja yang panjangnya melebihi genggaman tangan hendaklah dipotong. Kemudian Thabari meriwayatkan bahawa inilah amalan Ibnu Umar r.a. dan Abu Hurairah r.a. Diriwayatkan juga bahawa Umar r.a. melakukan hal ini juga kepada orang lain. Hal ini telah diterangkan oleh ulama-ulama Hanafi dan Syafi’e dalam kitab-kitab mereka.
Hadith 6
Dalam kitab Abu Dawud diberitakan: Dari Jabir r.a. berkata, "kami pernah membiarkan janggut-janggut kami memanjang dan melebar kecuali ketika musim haji atau umrah”.
Dalam hal ini kita dapat memahamiya dari amalan Ibnu Umar r.a. dan hadith-hadith dari Ibnu Umar r.a. di atas yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dari sini nampak jelas bahawa pada umumnya para sahabat memanjangkan janggut mereka sepanjang tahun dan memotong kelebihannya ketika musim haji dan umrah. Juga sudah jelas bahawa panjang janggut Rasulullah S.A.W. adalah sepanjang telapak tangan atau lebih. Itulah sebabnya mengapa Rasulullah S.A.W. melakukan khilat (menyikat dengan menggunakan tangan) terhadap janggut dan menggunakan sikat untuk meluruskan janggutnya yang lebat sehingga janggut tersebut menutupi dada bahagian atas.
Dengan alasan inilah Amar bin Yasir, Abdullah bin Umar, Abu Hurairah dan Jabir r.a. menyebutkan bahawa mereka biasa memelihara janggut sepanjang telapak tangannya dan lebih, serta mereka mengajarkannya kepada orang lain untuk berbuat demikian. Dengan itu, merupakan hal yang wajar apabila amalan ini merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh sebahagian besar para sahabat. Jabir r.a. menguatkan hal ini dengan berkata,”Kami pernah mempunyai janggut yang panjang dan ketika musim haji dan umrah kami memotongnya (seperti biasa)”.
Rasulullah S.A.W. memerintahkan para sahabat r.a. dan umatnya agar memanjangkan janggut mereka dan menjadikannya simbol orang Islam agar dapat dikenali. Ini akan menjadi suatu simbol yang seragam bagi orang yang beriman. Maka dengan sebab itu tidaklah dibenarkan mencukur atau memendekkan dan juga tidak memelihara janggut yang sedikit (seperti kambing).
Kesepakatan para fuqaha' bahawa memotong janggut kurang dari segenggam tangan tidak dibenarkan. Kesepakatan itu cukup untuk memperkuatkan kewajiban dan keharusannya. Imam Muhammad menulis dalam kitab Atsar, bahawa beliau meriwayatkan dari Imam Abu Hanifah yang meriwayatkannya dari Abu Haitsam yang meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. bahawa Ibnu Umar r.a. pernah memegang janggut dengan tangannya dan memotong bahagian yang terlalu panjang. Imam Muhammad mengatakan bahawa yang inilah yang kami ikuti dan inilah keputusan Imam Abu Hanifah r.a.
Keputusan keempat Iman dan sebahagian ulama telah diberikan dengan panjang lebar dan diperkuat oleh hujjah-hujjah di dalam Awjazul Masalik. Di dalam kitab ini terdapat keputusan yang sangat kuat dan paling diterima dari Imam Syafi’e supaya membiarkan janggut yang panjangnya melebihi telapak tangan.
Ini juga merupakan cara Imam Hanafi. Sedangkan keputusan dari Imam Maliki ialah apabila janggut panjang melebihi kepalan tangan maka hendaklah dipotong. Hal ini tidak bererti bahwa janggut boleh dipotong sehingga lebih pendek dari kepalan tangan, tidak juga bererti bahawa janggut boleh dipanjangkan melebihi telapak tangan. Hanafi mengatakan jika panjang janggut melebihi telapak tangan, maka hendaklah janggut itu dipotong sehingga panjangnya menjadi setelapak tangan.
Hadith 7
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda “Guntinglah kumismu dan tumbuhkanlah janggutmu, kerana dengan demikian kamu menentang kaum majusi (penyembah api)”. (Riwayat Muslim).
Hadith 8
Dari Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tentanglah orang-orang musyrik dengan memanjangkan janggutmu dan menggunting kumismu”.(Muttafaqun Alaih-Misykat).
Allah berfirman,”Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali Imran : 31).
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, maka ia mencintaiku dan barangsiapa mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam syurga”. (Al-Hadith).
Aisya : Seperti yang kita maklum, etika anggota keselamatan di Malaysia terutamanya anggota polis dan tentera tidak membenarkan mereka untuk menyimpan janggut. Ini jelas bertentangan dengan sunnah Nabi S.A.W. Walaupun ianya nampak kecil tetapi sunnah inilah yang amat diabaikan oleh sebahagian ummat Islam yang mana kita tahu kehebatan janggut ini dapat menggerunkan musuh islam. Inilah salah satu agenda musuh-musuh Islam untuk merosakkan hubungan kita dengan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam...
23 Mac 2010
4 Perkara Yang Berharga Dalam diri Manusia
Jauhi hasad dengki8 Rabi'ul Akhir 1431
Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:
Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.
Adapun yang berharga itu ialah
- akal
- agama
- malu
- amal soleh.
" Maka akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak dan
Amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.”
Aisya: Wallahua'lam

9 Mac 2010
Mengapa Anda Perlu Sertai Perniagaan HPA
HPA (Hadiah Pemberian Allah)25 Rabi'ul Awal 1431
Pengasas HPA
HPA diasaskan oleh Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad. Berkelulusan Ijazah dalam bidang Kajian Botanikal Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Univ. Putra Malaysia). Mempunyai kepakaran dalam bidang herba dan keturunannya adalah orang-orang yang sangat arif tentang herba.
Syarikat HPA
Mula dikenali sebagai PTA (Perubatan Tradisional AlWahida) pada 1986. HPA Industries Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1995 dan HQ terletak di Jejawi, Perlis. Milik 100% bumiputra Muslim. Hampir 20 tahun dalam industri herba. Memberi gambaran bahawa ia sebuah syarikat yang stabil dan kukuh.
Pekerja HPA
HPA memperkenalkan GMP Syariah yang mengetengahkan beberapa perkara penting kepada setiap pekerjanya. Semua pekerja kilang HPA diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
Kilang HPA
Semua kilang HPA mendapat penarafan GMP (Good Manufacturing Practice), Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh BPFK, Kem Kesihatan Malaysia. Kini HPA mempunyai beberapa buah kilang di Malaysia dan sebuah di Indonesia. Dan HPA juga sedang berusaha untuk membina beberapa buah kilang lagi di Malaysia.
Ladang herba HPA
HPA mempunyai ladang herba seluas 500 ekar di Perlis yang antara tanaman utamanya ialah pegaga, roselle, misai kucing dan lain-lain lagi.
Produk HPA
Semua produk HPA mendapat kelulusan dari BPFK, KKM, sijil HALAL daripada Jakim. Kini HPA mempunyai lebih 100 jenis produk dipasaran. Produk HPA dikategorikan kepada: produk herba @ makanan kesihatan, makanan/minuman, kegunaan harian, umrah/haji dan kosmetik.
Harga produk HPA
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.
Pengiktirafan
HPA telah menerima Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2000) dan Sijil Penghargaan Program Penyelidikan dan Pembangunanan (R&D) daripada SIRIM Berhad.
Perniagaan MLM HPA
Perniagaan HPA adalah bersifatkan perubatan herba dan produk-produk kegunaan harian. Sistem MLM digunakan untuk mmberi peluang kepada ahli menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.
Plan pemasaran MLM(Syariah) HPA - ‘Adil & Sukses’
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 (lebih 10 tahun bertahan dalam MLM) dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. Ini bererti plan pemasaran HPA adalah berlandaskan syarak, telus, adil, tiada perangkap dan tiada penipuan.
Perubatan herba dan perawatan holistik
HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang merangkumi ilmu perubatan herba, diagnosis penyakit dan perawatan. Terdapat kursus Siji Herbalis dan program Perkongsian Ilmu Cemerlang yang diadakan untuk memberi peluang kepada ahli HPA untuk mempelajari ilmu herba.
Testimoni pengguna produk HPA
Testimoni adalah faktor penting kemujaraban herba ciptaan-Nya! Kini, ramai yang mengakui bahawa produk HPA mampu mengubati penyakit tertentu yang dihadapi segolongan masyarakat Malaysia dan Indonesia. Sehingga kini, HPA mempunyai ribuan testimoni pengguna sama ada yang telah direkodkan secara bertulis atau pun tidak bertulis.
Latihan keusahawanan
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS).
Koperasi Wahida Berhad
HPA menubuhkan koperasi ini untuk menjalankan beberapa projek yang antaranya ialah mengadakan pasaraya Muslim, kilang botol dan plastik, tawaran pinjaman dan lain-lain lagi. Pelaburan saham koperasi dibuka kepada ahli HPA sahaja. Ini bagi membolehkan ahli menikmati keuntungan bersama.
Cawangan dan stokis HPA
Kini HPA mempunyai lebih 75 cawangan dan ratusan stokis di seluruh negara. HPA juga mempunyai cawangan dan stokis di Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.
Kebajikan
Setiap bulan HPA tidak lupa untuk menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Setiap kotak Kopi Radix purata 15sen di masukkan tabung kebajikan HPA. Sambil anda mengguna, anda berbuat kebajikan.
Pengiklanan di media
Produk HPA seperti Kopi Radix dan Cereal Radix kini diiklankan di radio (IKIM.fm), surat khabar (Harian Metro), televisyen (TV3& TV9), papan iklan (di Alor Setar) dan pengangkutan awam iaitu di bas-bas (di Alor Setar)
Potensi pendapatan yang tiada had
Bonus bulanan dan pelbagai bayaran insentif akan dibayar syarikat mengikut usaha anda. Lebih gigih anda bekerja, lebih banyak yang anda boleh perolehi. Pendapatan anda tidak ditetapkan pada kadar gaji bulanan kerana anda bukan makan gaji.
Peluang melancong
HPA menawarkan peluang melancong dan umrah sebagai insentif kepada para pengedarnya yang mencapai tahap jualan dan pangkat tertentu.
Kos perniagaan yang amat rendah
Hanya RM30 untuk melayakkan anda menjadi pengedar barangan HPA dan mempelajari pelbagai ilmu perubatan herba yang diselaraskan dengan kehendak syarak.
Kesihatan yang baik
HPA mengeluarkan banyak produk kesihatan yang tentunya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua. Sebagai pengamal produk kesihatan HPA, inshaAllah anda akan mendapati tahap kesihatan anda menjadi semakin baik.
Ramai kawan
Tentunya ini juga kelebihan yang tidak patut anda pandang remeh. Penyertaan anda dalam perniagaan HPA membolehkan anda bergaul dengan insan dari pelbagai peringkat usia dan latarbelakang pendidikan berbeza yang tentunya akan memberi manfaat.

7 Mac 2010
Selamat Kembali...
22 Rabi'ul Awal 1431
Bismillahirrahmanirrahim…
Aisya : Ahlan... Ahlan...
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Pertama-tamanya saya pohon jutaan kemaafan daripada pembaca-pembaca setia blog TINTA AISYA ini kerana telah sekian lame tak mengupdate blog ini. Jadual yang padat sebagai seorang muslimah, seorang pelajar dan sebagai seorang isteri menyebabkan diri ini tak sempat nak menjenguk blog kesayangan ni. Hari ni, terdetik di hati untuk mengupdate blog ni dek kerana kerinduan yang teramat pada TINTA AISYA…hehe!! Erm…takde ape yang nak di postkan buat kali ni. Kuliah pun dah kembali bermula, jadi tak banyak la posting-posting yang boleh dipublishkan buat mase sekarang. Jika diizinkan Allah dan dilapangkan masa, insyaAllah akan ade lah posting-posting berguna dan berfaedah yang ingin dikongsi bersama pembaca-pembaca sekalian. Semoga segala apa yang kita lakukan ini akan sentiasa mendapat redha dan keberkatan daripada Allah S.W.T…Ameen Ya Robb!!

Langgan:
Catatan (Atom)