TINTA AISYA HUMAIRA

www.tinta-aisya.blogspot.com

Ahlan Wasahlan Ke Blog Tinta Aisya.
"Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah Ke Atas Kami Hikmah-Mu, Dan Limpahilah Ke Atas Kami Khazanah Rahmat-Mu. Wahai Tuhan Kami, Tambahkanlah Ilmu Kami Dan Luaskanlah Kefahaman Kami.Wahai Tuhan Kami, Lapangkanlah Dada-Dada Kami Dan Permudahkanlah Segala Urusan Kami". -Amin Ya Robb-
Selamat Melayari Blog Ini...

MUTIARA HADIS

www.tinta-aisya.blogspot.com

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu, Sehinggalah Dia Mengasihi Saudara Mereka (Sesama Islam), Sepertimana Dia Mengasihi Dirinya Sendiri" -Anas Bin Malik r.a.-
Ukhuwwah Fillah...

20 Oktober 2008

Insan Agung

Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah

4 Ramadhan 1429

Kisahnya bermula…
...tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam" kata Fatimah seraya membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya" tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, terlalu dahsyat maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uusiikum bisshalaati, wamaamalakat aimaanukum - peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantara kamu."

Di luar, tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat-sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummati, ummati, ummati! - Umatku, umatku, umatku!" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang telah memberikan sinaran buat ummatnya hingga ke akhir zaman.

Aisya : Sempena bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat atas jungjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Ramadhan Di Perantauan

“Allahumma ballighna Romadhon...”

28 Syaaban 1429

Bismillahirrahmanirrahim…
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...Ramadhan Karim, Allahu Akram...

Alhamdulillah, Ramadhan kembali lagi, bulan yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh setiap mukmin bagi menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat dan memohon maghfirah dari Allah SWT. Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan sepertimana lagu yang didendangkan oleh kumpulan Hijaz (Sinar Ramadhan) :

“...Sinar Ramadhan menyeri lagi,
Bulan rahmat bulan yang dinanti,
Banyakkanlah amal dan bakti,
Ramadhan dirahmati Ilahi...”


Erm...sebenarnya tak nak citer sangat pasal Ramadhan, rasenya sahabat-sahabat sendiri lebih arif berkenaan dengan kelebihan-kelebihan pada bulan ni, kalau taip kat google, insyaAllah, banyak artikel-artikel menarik tentang bulan Ramadhan yang penuh berkat ini disertai dengan dalil-dalil yang sahih. Just copy and paste jer...

Bercerita tentang bulan Ramdhan ni, actually dah 4 kali dah berpuasa kat mesir ni & dah 4 kali beraya kat sini. Ye lah, sambut Ramadhan kat bumi orang ni mane la nak same ngan kat tempat kite sendiri kan. Erm...rindunya nak sambut Ramadhan bersama keluarga..sedihnya,huk huk huk! Sayunya hati bila terkenang saat indah bersama keluarga di bulan Ramadhan. Kenangan yang pastinya ada pada sahabat-sahabat sekalian. Kadang-kadang, kenangan mase kecik-kecik dulu membuatkan kita tersenyum sorang-sorang. Mane taknya, dulu dapat main bunga api, pasang pelita , tanglung dan lain-lain. Seronok dan menyeronokkan...hihihi! Kalu kat Malaysia, puasa sebulan, raya pun sebulan. Memang kontra la ngan kat Mesir, puasa sebulan tapi raya sehari jer. Takde la macam Malaysia sampai tiap-tiap hari rumah terbuka kat sana sini. Erm...yang jadi mangsa siap...perut la, hihihi!! Biasa la, mase tu budak-budak lagi, tau makan jer pastu yang paling penting sekali mintak duit raye. Seronok bila teringat kenangan-kenangan camtu, nak tergelak rasenya. Tapi keindahan saat tu hanya tinggal kenangan tatkala usia yang kian mendewasakan ni. Dah tua-tua ni takde la nak seronok-seronok cam dulu lagi..

Tahun ni first time dapat berpuasa & beraya ngan Abu Uttoh tercinta, at least dapat la mengubati kesedihan sebab tak dapat nak sambut Ramadhan ngan keluarga kat Malaysia.
Sambut Ramadhan kat perantauan ni, memang la lain skit, tapi kat mane-mane pun, Ramadhan tetap meriah. Sepanjang beberapa tahun kat Bumi Anbiya’ ni, banyak la pengalaman-pengalaman yang saya dapat bilamana menjelangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Bulan Ramadhan kat Mesir sangat meriah kerana masyarakat arab di sini terlalu mengagung-agungkan bulan yang mulia ni. Kalu di lihat di beranda rumah-rumah mereka, tergantung pelita-pelita yang sememangnya berbeza dengan pelita-pelita yang digunapakai oleh kita di Malaysia. Sebenarnya, tak tahu ape nama pelita tu. Bandar Kaherah pulak dihiasi dengan lampu-lampu yang bercahaya di sepanjang jalan. Memang terasa kemeriahannya.

Dari sudut ibadat, memang sangat dititiberatkan. Masjid-masjid dibuka pada waktu tengah malam untuk memberi peluang kepada kita memperbanyakkan amal ibadat. Masjid-masjid di sini juga menyediakan makanan untuk berbuka yang disebut “maidaturrahman” kepada sesiapa sahaja yang nak berbuka kat masjid. Mereka juga sentiasa menghulurkan bantuan dan zakat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Kelihatan di tepi-tepi jalan, arab mengagih-agihkan kurma dan air bagi mereka yang dalam perjalanan pulang dan tak sempat nak berbuka kat rumah atau masjid. Tiba waktu untuk solat isyak dan terawih, masjid-masjid kelihatan penuh dan padat, suatu permandangan yang susah untuk kita lihat di Malaysia. Bacaan dalam solat pun lama dan panjang. Teringat pengalaman ketika berterawih di masjid Salam, terletak kira-kira satu kilometer dari rumah. Suara imam yang sangat merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran memberi kekusyukan ketika melakukan solat. Kelihatan suara tangisan di sana sini tatkala imam membacakan ayat-ayat azab yang menggerunkan hati sesiapa sahaja yang menghayati kalam Allah yang Maha Suci itu. Itulah suatu suasana yang sangat menginsafkan saya.

Sepertimana Malaysia, di sini juga dibuka bazar-bazar Ramadhan. Berbagai jenis kurma, kismis, kacang dan manisan dijual dengan harga-harga tertentu. Bagi student-student Malaysia kat sini, terutamanya yang sudah berkahwin, bulan Ramadhan memberi peluang kepada mereka untuk membuka gerai-gerai menjual juadah-juadah untuk berbuka. Selain itu, student-student Malaysia di sini juga banyak menghabiskan masa mereka dengan mengikuti kelas-kelas tafaqquh fiddin sepertimana kelas Tafaqquh Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari yang sedang berlangsung di sini. Kelas-kelas daurah juga banyak dibuka di masjid-masjid menunjukkan betapa mulia dan agungnya bulan Ramadhan ini yang dianugerahkan oleh Allah untuk ummat Islam. Inilah suasana yang paling ditunggu-tunggu bagi pencinta-pencinta ilmu.

Itulah antara pengalaman yang sempat saya ceritakan setelah beberapa kali diberi kesempatan oleh Allah menyambut Ramadhan di perantauan ni walaupun masih banyak pengalaman yang susah untuk diungkap. Ternyata, suasana Ramadhan di sini agak berbeza dengan di kampung halaman walau di sana adanya sedikit persamaan. Tahun ni still berpuasa & beraya kat Mesir, insyaAllah tahun depan nak balik beraya ngan keluarga pulak. Apepun, perjuangan di sini masih belum berakhir. Kata orang, nak faqih dalam ilmu agama ni bukan setahun dua, kena banyak bersabar la dengan segala ujian dari Allah. InsyaAllah berkat kesabaran kita itu dibalas dengan kemenangan di akhirat kelak...Amin ya Robb.

Aisya : Bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, sukalah saya berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat supaya kita memperbanyakkan amal ibadat dan mentaqorrubkan diri kita kepada Allah. Lakukanlah ibadat dengan seikhlas hati seolah-olah Ramadhan kali ini adalah yang terkahir buat kita. Wassalam..

“...ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...”

Nilai Ukhuwwah

"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara"- (Hujurat : 10)

19 Syaaban 1429

Alunan nasyid " Memori Itu " yang mendayu-dayu dari kumpulan Zulfan mengimbau kenangan silam bersama sahabat semasa di Teratak Thanawi dulu. Alangkah tingginya ukhuwwah yang terbina saat itu. Program usrah yang tak putus-putus setiap minggu mengeratkan lagi ukhuwwah antara kami. Tapi saat ini, semua itu seolah-olah hanya sebuah memori yang kian terhakis.

Erm...Kenapa dan mengapa? Persoalan yang agak samar-samar jawapannya...Sememangnya agak payah untuk dijawab memandangkan semuanya kini kian berubah. Saya pun tak tahu...Adakah JAWATAN yang mengurangkan kemesraan antara kami? Tidak sama sekali! Jawatan yang diamanahkan sebenarnya merupakan antara satu wasilah untuk menghubungkan ukhuwwah sesama kita agar ianya terjalin dengan lebih erat, seerat simpulan yang tidak akan terbuka. Bukanlah jawatan itu bermaksud merenggangkan tali ukhuwwah, menyebabkan timbul rasa benci membenci antara satu sama lain. Mengapa perlu ada jurang sebegini? Perkahwinan bukan satu alasan yang menjadi penghalang untuk terus berukhuwwah. Ziarah menziarahi kini sudah tidak menjadi menu utama dalam berukhuwwah.Bukanlah program yang menjadi penentu bila kita harus bertegur sapa. SYADID?? Istilah ini agak sensitif di kalangan akhawat dan ianya agak sinonim dengan HIPOKRIT . Islam tidak pernah melarang ummatnya untuk berlaku syadid, kerana ianya adalah satu perkara yang mulia. Tapi harus diingat, kesyadidan perlu disemai dengan sifat tasamuh dan bertolak ansur...dengan kata lain ianya perlu berpada. Teringat kata-kata suami yang selalu menyebut, andai kita benar-benar ikhlas untuk syadid, perkara utama yang perlu disyadidkan adalah berkenaan dengan jaulah. Sepertimana yang kita dapat lihat, dikalangan sahabat-sahabat yang syadid, merekalah antara yang berlumba-lumba untuk berjaulah. Walaupun berjaulah mungkin bertujuan ilmu, tapi tak dapat tidak, ia juga adalah satu bentuk hiburan yang kadang-kadang membuatkan kita lalai. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah bujang sebelum ini. Memang wanita agak lemah bila di jamu dengan hiburan. Saat inilah, orang akan menilai tahap kethiqohan kita dan keikhlasan kita yang sering berpaut dengan title syadid. Bercakap tentang jaulah, kita tidak boleh lupa, sekarang bukanlah seperti zaman guru-guru kita dahulu, kita sekarang sangat melebihkan jaulah dari hadaf sebenar kita di sini. Pengajian yang sedang berlangsung pun sanggup kita tinggalkan demi mencari sedikit keseronokan. Jadi perlu diingat, kadang-kadang kesyadidan ini mendatangkan fitnah yang kepada kita. Sebelum kita menghurai kesalahan orang, tiada salahnya untuk kita melihat kesalahan kita dahulu. Walaubagaimanapun, apa yang yang penting, ia bukanlah melibatkan semua pihak, hanya sebahagian yang bersikap sedemikian tapi tidak dapat dinafikan bahawa golongan sebegini sememangnya wujud dikalangan kita. Jadi berpadalah dalam mensyadidkan diri, jangan sampai melukakan hati sahabat sendiri. Salah satu cara untuk menyemai ukhuwwah adalah dengan menjaga hati antara satu sama lain, bukan menanamkan perasaan benci dalam diri...
Sekadar ini dulu...Wassalam

Artikel ini hanya sekadar renungan untuk kita bersama, bukanlah bermaksud untuk menyerang mana-mana pihak.

Aisya : Bak kate pepatah "..siapa yang makan aiskrim, dialah yang terasa sejuknya.." Salam Ukhuwwah...

"..Lahirnya insan yang cemerlang,
Hasil dari persaudaraan,
Menyemai benih kasih sayang,
Atas dasar keimanan.."

Tinta Bermula

Ikatilah ilmu dengan menuliskannya - (Izoblog)

19 Syaaban 1429

Alhamdulillah...akhirnya siap jugak blog yang tak seberapa ni. Memang dah lame teringin nak ade blog sendiri, asyik intai blog-blog orang jer...kawan-kawan pun dah ramai yang ade blog, memang maju betul diorang, kite jugak la yang ketinggalan. Thanks a lot buat Abu Uttoh tercinta yang banyak membantu dalam mengedit dan mendesign blog ni, harap2 blog ni dapat la memberi manfaat kepada kita semua khususnya umat islam...insyaAllah.
Ok la, setakat ini dulu...salam buat semua sahabat...

Aisya : Salam Ukhuwwah Fillah...

Pelancaran Blog Tinta Aisya

Tinta Aisya Humaira

18 Syaaban 1429

Assalamualaikum WBT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, saya melancarkan blog ini...
Mudah-mudahan dengan kehadiran blog ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua dan memberi peluang kepada kita untuk berkongsi ilmu Allah SWT...

Aisya : Amin Ya Robb...

Related Posts with Thumbnails

Tinta Aisya is wearing Abu Uttoh by Aisya Studio | To Blogger by Aisya Humaira at Faisal'z Studio | Entries (RSS) and Comments (RSS).