TINTA AISYA HUMAIRA

www.tinta-aisya.blogspot.com

Ahlan Wasahlan Ke Blog Tinta Aisya.
"Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah Ke Atas Kami Hikmah-Mu, Dan Limpahilah Ke Atas Kami Khazanah Rahmat-Mu. Wahai Tuhan Kami, Tambahkanlah Ilmu Kami Dan Luaskanlah Kefahaman Kami.Wahai Tuhan Kami, Lapangkanlah Dada-Dada Kami Dan Permudahkanlah Segala Urusan Kami". -Amin Ya Robb-
Selamat Melayari Blog Ini...

MUTIARA HADIS

www.tinta-aisya.blogspot.com

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu, Sehinggalah Dia Mengasihi Saudara Mereka (Sesama Islam), Sepertimana Dia Mengasihi Dirinya Sendiri" -Anas Bin Malik r.a.-
Ukhuwwah Fillah...

20 Oktober 2008

Ramadhan Di Perantauan

“Allahumma ballighna Romadhon...”

28 Syaaban 1429

Bismillahirrahmanirrahim…
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...Ramadhan Karim, Allahu Akram...

Alhamdulillah, Ramadhan kembali lagi, bulan yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh setiap mukmin bagi menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat dan memohon maghfirah dari Allah SWT. Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan sepertimana lagu yang didendangkan oleh kumpulan Hijaz (Sinar Ramadhan) :

“...Sinar Ramadhan menyeri lagi,
Bulan rahmat bulan yang dinanti,
Banyakkanlah amal dan bakti,
Ramadhan dirahmati Ilahi...”


Erm...sebenarnya tak nak citer sangat pasal Ramadhan, rasenya sahabat-sahabat sendiri lebih arif berkenaan dengan kelebihan-kelebihan pada bulan ni, kalau taip kat google, insyaAllah, banyak artikel-artikel menarik tentang bulan Ramadhan yang penuh berkat ini disertai dengan dalil-dalil yang sahih. Just copy and paste jer...

Bercerita tentang bulan Ramdhan ni, actually dah 4 kali dah berpuasa kat mesir ni & dah 4 kali beraya kat sini. Ye lah, sambut Ramadhan kat bumi orang ni mane la nak same ngan kat tempat kite sendiri kan. Erm...rindunya nak sambut Ramadhan bersama keluarga..sedihnya,huk huk huk! Sayunya hati bila terkenang saat indah bersama keluarga di bulan Ramadhan. Kenangan yang pastinya ada pada sahabat-sahabat sekalian. Kadang-kadang, kenangan mase kecik-kecik dulu membuatkan kita tersenyum sorang-sorang. Mane taknya, dulu dapat main bunga api, pasang pelita , tanglung dan lain-lain. Seronok dan menyeronokkan...hihihi! Kalu kat Malaysia, puasa sebulan, raya pun sebulan. Memang kontra la ngan kat Mesir, puasa sebulan tapi raya sehari jer. Takde la macam Malaysia sampai tiap-tiap hari rumah terbuka kat sana sini. Erm...yang jadi mangsa siap...perut la, hihihi!! Biasa la, mase tu budak-budak lagi, tau makan jer pastu yang paling penting sekali mintak duit raye. Seronok bila teringat kenangan-kenangan camtu, nak tergelak rasenya. Tapi keindahan saat tu hanya tinggal kenangan tatkala usia yang kian mendewasakan ni. Dah tua-tua ni takde la nak seronok-seronok cam dulu lagi..

Tahun ni first time dapat berpuasa & beraya ngan Abu Uttoh tercinta, at least dapat la mengubati kesedihan sebab tak dapat nak sambut Ramadhan ngan keluarga kat Malaysia.
Sambut Ramadhan kat perantauan ni, memang la lain skit, tapi kat mane-mane pun, Ramadhan tetap meriah. Sepanjang beberapa tahun kat Bumi Anbiya’ ni, banyak la pengalaman-pengalaman yang saya dapat bilamana menjelangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Bulan Ramadhan kat Mesir sangat meriah kerana masyarakat arab di sini terlalu mengagung-agungkan bulan yang mulia ni. Kalu di lihat di beranda rumah-rumah mereka, tergantung pelita-pelita yang sememangnya berbeza dengan pelita-pelita yang digunapakai oleh kita di Malaysia. Sebenarnya, tak tahu ape nama pelita tu. Bandar Kaherah pulak dihiasi dengan lampu-lampu yang bercahaya di sepanjang jalan. Memang terasa kemeriahannya.

Dari sudut ibadat, memang sangat dititiberatkan. Masjid-masjid dibuka pada waktu tengah malam untuk memberi peluang kepada kita memperbanyakkan amal ibadat. Masjid-masjid di sini juga menyediakan makanan untuk berbuka yang disebut “maidaturrahman” kepada sesiapa sahaja yang nak berbuka kat masjid. Mereka juga sentiasa menghulurkan bantuan dan zakat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Kelihatan di tepi-tepi jalan, arab mengagih-agihkan kurma dan air bagi mereka yang dalam perjalanan pulang dan tak sempat nak berbuka kat rumah atau masjid. Tiba waktu untuk solat isyak dan terawih, masjid-masjid kelihatan penuh dan padat, suatu permandangan yang susah untuk kita lihat di Malaysia. Bacaan dalam solat pun lama dan panjang. Teringat pengalaman ketika berterawih di masjid Salam, terletak kira-kira satu kilometer dari rumah. Suara imam yang sangat merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran memberi kekusyukan ketika melakukan solat. Kelihatan suara tangisan di sana sini tatkala imam membacakan ayat-ayat azab yang menggerunkan hati sesiapa sahaja yang menghayati kalam Allah yang Maha Suci itu. Itulah suatu suasana yang sangat menginsafkan saya.

Sepertimana Malaysia, di sini juga dibuka bazar-bazar Ramadhan. Berbagai jenis kurma, kismis, kacang dan manisan dijual dengan harga-harga tertentu. Bagi student-student Malaysia kat sini, terutamanya yang sudah berkahwin, bulan Ramadhan memberi peluang kepada mereka untuk membuka gerai-gerai menjual juadah-juadah untuk berbuka. Selain itu, student-student Malaysia di sini juga banyak menghabiskan masa mereka dengan mengikuti kelas-kelas tafaqquh fiddin sepertimana kelas Tafaqquh Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari yang sedang berlangsung di sini. Kelas-kelas daurah juga banyak dibuka di masjid-masjid menunjukkan betapa mulia dan agungnya bulan Ramadhan ini yang dianugerahkan oleh Allah untuk ummat Islam. Inilah suasana yang paling ditunggu-tunggu bagi pencinta-pencinta ilmu.

Itulah antara pengalaman yang sempat saya ceritakan setelah beberapa kali diberi kesempatan oleh Allah menyambut Ramadhan di perantauan ni walaupun masih banyak pengalaman yang susah untuk diungkap. Ternyata, suasana Ramadhan di sini agak berbeza dengan di kampung halaman walau di sana adanya sedikit persamaan. Tahun ni still berpuasa & beraya kat Mesir, insyaAllah tahun depan nak balik beraya ngan keluarga pulak. Apepun, perjuangan di sini masih belum berakhir. Kata orang, nak faqih dalam ilmu agama ni bukan setahun dua, kena banyak bersabar la dengan segala ujian dari Allah. InsyaAllah berkat kesabaran kita itu dibalas dengan kemenangan di akhirat kelak...Amin ya Robb.

Aisya : Bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, sukalah saya berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat supaya kita memperbanyakkan amal ibadat dan mentaqorrubkan diri kita kepada Allah. Lakukanlah ibadat dengan seikhlas hati seolah-olah Ramadhan kali ini adalah yang terkahir buat kita. Wassalam..

“...ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...”

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Tinta Aisya is wearing Abu Uttoh by Aisya Studio | To Blogger by Aisya Humaira at Faisal'z Studio | Entries (RSS) and Comments (RSS).