29 Mac 2009
Nikmat Itu...
3 Rabi'ul Akhir 1430
Pertama-tamanya, takziah diucapkan buat keluarga Ustaz Sabri Yamin dan Kak Emy atas pemergian puterinya, Raihanah yang telah dijemput Allah sehari selepas dilahirkan. Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga-moga Allah Taala memberikan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga Ustaz Sabri Yamin dalam menghadapi ujian Allah ini.
24/3/09 - SELASA Jam 10.30 a.m.
Mesej YM dari ustaz Ridzuan Mahmud jiran sebelah imarah diterima. Mesej yang berbunyi “ Ustaz Faisalz, Ustaz Sabri mintak ke rumahnya sekarang, zaujahnya nak beranak”. Terkejut mendengar berita itu memandangkan kami pernah diberitahu sebelum ini bahawa due dengan doktor sepatutnya 17/4 ni. Ini bermakna, kandungannya masih lagi berusia 8 bulan. So, tanpa melengahkan masa, kami bergegas ke rumahnya yang terletak selang beberapa imarah. Setibanya kami di sana, mereka dah bersiap sedia untuk ke hospital dan menamanahkan kepada kami untuk menjaga 2 orang putera kesayangan mereka, Abang Long dan Habib.
Jam 3 p.m.
Mesej YM dari Kak Dina, megajak saya menemaninya ke hospital untuk melihat keadaan Kak Emy. Alhamdulillah, ketika itu Kak Emy dah pun selamat melahirkan seorang puteri di beri nama Raihanah. Abang Long & Habib terpaksa saya tinggalkan seketika di rumah sahabat untuk menjaga mereka berdua. Setibanya di sana, kami dikhabarkan bahawa Raihanah dalam keadaan yang agak kritikal dan telah dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan kecemasan. Berita yang amat mendebarkan kami hingga tidak menyedari linangan air mata yang membasahi pipi. Hampir seharian jugak kami berada di hospital menjaga Kak Emy kerana keadaannya yang kelihatan amat lemah.
25/3/09 - RABU Jam 8 a.m.
Panggilan dari Ustaz Ridzuan memberitahu kami bahawa Raihanah telah kembali ke Rahmatullah. Innalillahi Wainnailaihi Raaji’un. Saya dan Abu Uttoh terkedu dan hiba atas berita pemergiannya. Abang Long & Habib dari semalam asyik merengek-rengek nak pulang berjumpa abi & uminya. Mungkin perasaan rindu mereka pada umi & abinya yang membuatkan mereka jadi begitu. Maklum la, sebelum ni mereka memang tak pernah berenggang dengan abi & uminya. Pening jugak melayan kerenah mereka namun hati kami tetap berasa terhibur dengan gelagat dan gelak tawa mereka. Sedar tak sedar, mereka dah terlena keletihan. Erm, sekali sekala terlintas di hati ini betapa susahnya nak membesarkan anak-anak. Tetapi itulah yang telah dilalui oleh ibubapa kita untuk membesarkan kita.
26/3/09- KHAMIS Jam 4 p.m.
Panggilan dari Ustaz sabri. Berita gembira buat Abang Long & Habib. Abinya nak membawa mereka berjalan-jalan di Super Market bersama Ammu Peca untuk membeli sedikit keperluan harian. Terlakar kegembiraan di wajah Abang Long ketika mana berjumpa dengan abinya seolah bertahun-tahun tidak ketemu. Habib masih lagi terkejut & terpinga-pinga sambil mengecam-ngecam abinya. Pelukan mereka erat meluahkan rase rindu yang terbuku hampir 2 hari. Terpancar kegembiraan di wajah Ustaz Sabri walau di situ terselit 1001 kedukaan. Itulah ketabahan seorang bapa…
Aisya : Satu nikmat yang ditarik oleh Allah Taala di dunia, akan digantikan dengan nikmat yang lebih besar di akhirat insyaAllah… Sila layari blog Ustaz Sabri – http://www.handzolah.blogspot.com/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












0 ulasan:
Catat Ulasan