TINTA AISYA HUMAIRA

www.tinta-aisya.blogspot.com

Ahlan Wasahlan Ke Blog Tinta Aisya.
"Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah Ke Atas Kami Hikmah-Mu, Dan Limpahilah Ke Atas Kami Khazanah Rahmat-Mu. Wahai Tuhan Kami, Tambahkanlah Ilmu Kami Dan Luaskanlah Kefahaman Kami.Wahai Tuhan Kami, Lapangkanlah Dada-Dada Kami Dan Permudahkanlah Segala Urusan Kami". -Amin Ya Robb-
Selamat Melayari Blog Ini...

MUTIARA HADIS

www.tinta-aisya.blogspot.com

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu, Sehinggalah Dia Mengasihi Saudara Mereka (Sesama Islam), Sepertimana Dia Mengasihi Dirinya Sendiri" -Anas Bin Malik r.a.-
Ukhuwwah Fillah...

2 Mac 2009

Aku, Bank & Kereta Mini...

Kereta sape tu?

05 Rabi'ul Awal 1430

Baru-baru ni saya ke Abbas Aqod, atau lebih dikenali dengan nama Abbas A’ad, nama seorang ahli sasterawan Mesir yang terkenal satu ketika dulu. Tempatnya tak jauh, dalam 10minit perjalanan dari kuliah, naik bas hijau panjang, tambang nus genih jer. Biasa lah, time-time akhir bulan, ramai la ke sana mencari bangunan berlabel HSBC dan CIB Bank, coz the pocket is kering. Bertemankan seorang sahabat yang setia Syedah. Abu Uttoh tak dapat teman sebab ke Zagzig tengok perlawanan akhir bola sepak piala Presiden PMRAM. Kebiasaannya, saya ngan Abu Uttoh keluarkan duit kat CIB Bank cawangan Azhar (banin), sebabnya CIB Bank cawangan Abbas Aqod masih dalam proses pengislahan. Tapi Syedah kate kat Abbas Aqod tu still ada satu lagi cawangan yang lain but she’s not very sure where the location is. So, tengahari tu, bermulalah pencarian kami menelusuri imarah-imarah arab yang memeningkan kepala itu kerana struktur binaan imarah di Mesir ni boleh dikatakan semuanya same pattern. Setelah hampir sejam setengah melangkahkan kaki tanpa henti, akhirnya kami menemui sebuah bangunan berlabel CIB Bank yang semalam ni tidak diketahui akan kewujudannya di situ. Jam 3.05p.m,(waktu mesir),misi mengeluarkan duit berjaya…huhuhuh!! Dalam tak sedar, kaki terasa berat jer nak melangkah. Rupanya kaki dah lenguh sebab penat berjalan. Alhamdulillah, lepas ni tak perlu dah bersesak-sesak dalam bas dan menempuh perjalanan yang jauh ke CIB Bank di Azhar… Hooray!!!

Aisya : Tak ingat lak nak amik gambar CIB Bank, tapi sempat lagi posing kat kereta mini yang cute tu time on the way nak balik rumah...

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Tinta Aisya is wearing Abu Uttoh by Aisya Studio | To Blogger by Aisya Humaira at Faisal'z Studio | Entries (RSS) and Comments (RSS).