TINTA AISYA HUMAIRA

www.tinta-aisya.blogspot.com

Ahlan Wasahlan Ke Blog Tinta Aisya.
"Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah Ke Atas Kami Hikmah-Mu, Dan Limpahilah Ke Atas Kami Khazanah Rahmat-Mu. Wahai Tuhan Kami, Tambahkanlah Ilmu Kami Dan Luaskanlah Kefahaman Kami.Wahai Tuhan Kami, Lapangkanlah Dada-Dada Kami Dan Permudahkanlah Segala Urusan Kami". -Amin Ya Robb-
Selamat Melayari Blog Ini...

MUTIARA HADIS

www.tinta-aisya.blogspot.com

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu, Sehinggalah Dia Mengasihi Saudara Mereka (Sesama Islam), Sepertimana Dia Mengasihi Dirinya Sendiri" -Anas Bin Malik r.a.-
Ukhuwwah Fillah...

29 Mac 2009

Nikmat Itu...

Abang Long sayang Habib...

Senyum...nak amik gambar nih!!

Abg Long & Habib menunjukkan aksi ultraman menentang raksasa...

Abg Long & Habib ngah control macho...hehehe!!

Abg Long ngah kusyuk tengok kartun...

Tengok tu, tido sambil pegang pembaris. Letih main ngan
ammu & acik...

3 Rabi'ul Akhir 1430


Pertama-tamanya, takziah diucapkan buat keluarga Ustaz Sabri Yamin dan Kak Emy atas pemergian puterinya, Raihanah yang telah dijemput Allah sehari selepas dilahirkan. Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga-moga Allah Taala memberikan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga Ustaz Sabri Yamin dalam menghadapi ujian Allah ini.

24/3/09 - SELASA Jam 10.30 a.m.

Mesej YM dari ustaz Ridzuan Mahmud jiran sebelah imarah diterima. Mesej yang berbunyi “ Ustaz Faisalz, Ustaz Sabri mintak ke rumahnya sekarang, zaujahnya nak beranak”. Terkejut mendengar berita itu memandangkan kami pernah diberitahu sebelum ini bahawa due dengan doktor sepatutnya 17/4 ni. Ini bermakna, kandungannya masih lagi berusia 8 bulan. So, tanpa melengahkan masa, kami bergegas ke rumahnya yang terletak selang beberapa imarah. Setibanya kami di sana, mereka dah bersiap sedia untuk ke hospital dan menamanahkan kepada kami untuk menjaga 2 orang putera kesayangan mereka, Abang Long dan Habib.

Jam 3 p.m.

Mesej YM dari Kak Dina, megajak saya menemaninya ke hospital untuk melihat keadaan Kak Emy. Alhamdulillah, ketika itu Kak Emy dah pun selamat melahirkan seorang puteri di beri nama Raihanah. Abang Long & Habib terpaksa saya tinggalkan seketika di rumah sahabat untuk menjaga mereka berdua. Setibanya di sana, kami dikhabarkan bahawa Raihanah dalam keadaan yang agak kritikal dan telah dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan kecemasan. Berita yang amat mendebarkan kami hingga tidak menyedari linangan air mata yang membasahi pipi. Hampir seharian jugak kami berada di hospital menjaga Kak Emy kerana keadaannya yang kelihatan amat lemah.

25/3/09 - RABU Jam 8 a.m.

Panggilan dari Ustaz Ridzuan memberitahu kami bahawa Raihanah telah kembali ke Rahmatullah. Innalillahi Wainnailaihi Raaji’un. Saya dan Abu Uttoh terkedu dan hiba atas berita pemergiannya. Abang Long & Habib dari semalam asyik merengek-rengek nak pulang berjumpa abi & uminya. Mungkin perasaan rindu mereka pada umi & abinya yang membuatkan mereka jadi begitu. Maklum la, sebelum ni mereka memang tak pernah berenggang dengan abi & uminya. Pening jugak melayan kerenah mereka namun hati kami tetap berasa terhibur dengan gelagat dan gelak tawa mereka. Sedar tak sedar, mereka dah terlena keletihan. Erm, sekali sekala terlintas di hati ini betapa susahnya nak membesarkan anak-anak. Tetapi itulah yang telah dilalui oleh ibubapa kita untuk membesarkan kita.

26/3/09- KHAMIS Jam 4 p.m.

Panggilan dari Ustaz sabri. Berita gembira buat Abang Long & Habib. Abinya nak membawa mereka berjalan-jalan di Super Market bersama Ammu Peca untuk membeli sedikit keperluan harian. Terlakar kegembiraan di wajah Abang Long ketika mana berjumpa dengan abinya seolah bertahun-tahun tidak ketemu. Habib masih lagi terkejut & terpinga-pinga sambil mengecam-ngecam abinya. Pelukan mereka erat meluahkan rase rindu yang terbuku hampir 2 hari. Terpancar kegembiraan di wajah Ustaz Sabri walau di situ terselit 1001 kedukaan. Itulah ketabahan seorang bapa…

Aisya : Satu nikmat yang ditarik oleh Allah Taala di dunia, akan digantikan dengan nikmat yang lebih besar di akhirat insyaAllah… Sila layari blog Ustaz Sabri – http://www.handzolah.blogspot.com/

20 Mac 2009

Ingatan Buat Hawa...

Jadilah wanita solehah...

24 Rabi'ul Awal 1430

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu
Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat sampai ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapabanyakpun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi
kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,
mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja
rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang
didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang
mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah.
(Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang
berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.
(Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu
dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu
mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu
lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan
lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh
badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup
pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang
haram kerana kepentingan peribadi.

Aisya : Moga-moga kita semua tergolong dari kalangan wanita-wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Tut tut...Tut tut... Tut tut...

Ni laa bangunan Crystal Asfour. Terletak di Shoubra El-Kheima, Kaherah.

Ni plak kat pintu masuk. Kaunter tu tempat amik barang kristal yang dibeli. Nampak ammu2 ngah sibuk bekerja.

Dah sampai kat dalam. Rehat jap kat atas kerusi, lenguh jalan.

Ni scene dalam bangunan Asfour. Berlatarbelakangkan lampu2 kristal.

Ni tasbih kristal. Cantik kan?! Harganya pun cantik...hihihi!

Yang ni plak loket kristal. Harganya nampak cam murah sket.

Loket kristal lagi. Amik gambar banyak2 sebab berkenan...huhuhu!

Yang ni bunga kristal untuk hiasan rumah. Kalu letak kat depan depan umah ni mesti berkilau-kilau. Eee...cantiknyee!!

OK, mase untuk pulang. Ni tut tut yang kami naik utuk ke mahattah utubis.

23 Rabi'ul Awal 1430

Dah lame rasanya tak mengupdate blog ni. Sibuk bebenar la akhir-akhir ni, urusan kuliah, program-program persatuan dan kehidupan seharian. Camnerpun, untuk nak pastikan tinta aisya ni terus hidup, terpaksa la saya mencuri sedikit waktu dalam keterbatasan ni supaya tinta aisya ni tak membisu tanpa kata-kata...hehehe!!

Posting kali ni bertajuk tut tut. Apa tu tut tut? Tut tut tu sebenarnya adalah sejenis kenderaan beroda tiga, depan nampak cam motorsikal, belakang lak cam kereta. Tak reti la nak describe, tengok jer gambar kat atas tu. Tut tut ni biasanya banyak terdapat kat India. Erm…tak tahu la kenapa diberi nama tut-tut, maybe sebab hon dia yang bunyi cam tut tut kot. What ever la. Actually, saya bukannya nak citer pasal tut tut ni, saje jer nak nak dijadikan muqaddimah, hehehe!!

Baru-baru ni saya, Abu Uttoh, & adik ipar ke ASFOUR – nama sebuah tempat yang sangat famous di kalangan pelajar Malaysia di Mesir yang mana peminat setianya adalah kaum hawa...huhuhu!! Nak tahu tempatnya?! Jom kite tengok gambar-gambar yang sempat di’snap’ untuk tatapan sahabat-sahabat. Sebenarnya Asfour ni adalah sebuah tempat menjual Kristal atau lebih dikenali dengan Crystal Asfour. Asfour ni merupakan satu tempat yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong asing, malah merupakan port membeli belah bagi students Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air. Kami pun sebenarnya bukanlah saje-saje nak ke Asfour ni, sekadar nak membeli buah tangan buat sedara mara kerana kami telah merancang untuk pulang ke Malaysia lepas imtihan fasal 2 ni. Kami just beli sket jer kristal memandangkan harganya yang tak begitu murah. Sekurang-kurangnya adalah sedikit ‘hagah’ buat keluarga tercinta untuk dibawa pulang bersama.

Aisya : Tak dapat borong banyak2 kat ASFOUR sebab harga mahal sangat. Just beli yang murah-murah jer, huhuhu!


9 Mac 2009

Peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

We love Rasulullah S.A.W.

12 Rabi'ul Awal 1430

Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabi’ulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelusuk alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata "Khabar bahagia buat saudari, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudari itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari. Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"

Aisya : Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat. Perbanyakkanlah selawat buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

7 Mac 2009

Sanah Helwah Ya Abu Uttoh...

Hadiah untuk Abu Uttoh. Buke la, tengok ade ape kat dalam...

11 Rabi'ul Awal 1430

Buat suamiku, Abu Uttoh...
Insan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang...

Ku panjatkan sepenuh rasa kesyukuran pada Allah Robbul Izzati, kerana memberikanku masa untuk mengenali erti cinta dan kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetuskan keinsafan dan memberikanku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju...

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujudku yang panjang, kupohon agar kehidupanmu sentiasa dalam rahmat Ilahi. Semoga Allah panjangkan umurmu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan...

Harapanku, agar aku mampu membuatkanmu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikanku kekuatan untuk membekalkan kekuatan dihatimu, walaupun tika hidup kita dihempas gelombang...

Terima Kasih Tuhan kerana Engkau ciptakannya untukku...
Terima Kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakan hatiku...

Aisya : Sanah Helwah buat Abu Uttoh, (07 Rabi'ul Awal 1430)...

Related Posts with Thumbnails

Tinta Aisya is wearing Abu Uttoh by Aisya Studio | To Blogger by Aisya Humaira at Faisal'z Studio | Entries (RSS) and Comments (RSS).