20 Mac 2009
Tut tut...Tut tut... Tut tut...
Ni plak kat pintu masuk. Kaunter tu tempat amik barang kristal yang dibeli. Nampak ammu2 ngah sibuk bekerja.
Yang ni bunga kristal untuk hiasan rumah. Kalu letak kat depan depan umah ni mesti berkilau-kilau. Eee...cantiknyee!!23 Rabi'ul Awal 1430
Dah lame rasanya tak mengupdate blog ni. Sibuk bebenar la akhir-akhir ni, urusan kuliah, program-program persatuan dan kehidupan seharian. Camnerpun, untuk nak pastikan tinta aisya ni terus hidup, terpaksa la saya mencuri sedikit waktu dalam keterbatasan ni supaya tinta aisya ni tak membisu tanpa kata-kata...hehehe!!
Posting kali ni bertajuk tut tut. Apa tu tut tut? Tut tut tu sebenarnya adalah sejenis kenderaan beroda tiga, depan nampak cam motorsikal, belakang lak cam kereta. Tak reti la nak describe, tengok jer gambar kat atas tu. Tut tut ni biasanya banyak terdapat kat India. Erm…tak tahu la kenapa diberi nama tut-tut, maybe sebab hon dia yang bunyi cam tut tut kot. What ever la. Actually, saya bukannya nak citer pasal tut tut ni, saje jer nak nak dijadikan muqaddimah, hehehe!!
Baru-baru ni saya, Abu Uttoh, & adik ipar ke ASFOUR – nama sebuah tempat yang sangat famous di kalangan pelajar Malaysia di Mesir yang mana peminat setianya adalah kaum hawa...huhuhu!! Nak tahu tempatnya?! Jom kite tengok gambar-gambar yang sempat di’snap’ untuk tatapan sahabat-sahabat. Sebenarnya Asfour ni adalah sebuah tempat menjual Kristal atau lebih dikenali dengan Crystal Asfour. Asfour ni merupakan satu tempat yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong asing, malah merupakan port membeli belah bagi students Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air. Kami pun sebenarnya bukanlah saje-saje nak ke Asfour ni, sekadar nak membeli buah tangan buat sedara mara kerana kami telah merancang untuk pulang ke Malaysia lepas imtihan fasal 2 ni. Kami just beli sket jer kristal memandangkan harganya yang tak begitu murah. Sekurang-kurangnya adalah sedikit ‘hagah’ buat keluarga tercinta untuk dibawa pulang bersama.

Aisya : Tak dapat borong banyak2 kat ASFOUR sebab harga mahal sangat. Just beli yang murah-murah jer, huhuhu!
9 Mac 2009
Peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
12 Rabi'ul Awal 1430
Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabi’ulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelusuk alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata "Khabar bahagia buat saudari, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudari itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari. Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"
Aisya : Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat. Perbanyakkanlah selawat buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

7 Mac 2009
Sanah Helwah Ya Abu Uttoh...
11 Rabi'ul Awal 1430
Buat suamiku, Abu Uttoh...
Insan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang...
Ku panjatkan sepenuh rasa kesyukuran pada Allah Robbul Izzati, kerana memberikanku masa untuk mengenali erti cinta dan kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetuskan keinsafan dan memberikanku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju...
Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujudku yang panjang, kupohon agar kehidupanmu sentiasa dalam rahmat Ilahi. Semoga Allah panjangkan umurmu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan...
Harapanku, agar aku mampu membuatkanmu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikanku kekuatan untuk membekalkan kekuatan dihatimu, walaupun tika hidup kita dihempas gelombang...

Terima Kasih Tuhan kerana Engkau ciptakannya untukku...
Terima Kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakan hatiku...
Aisya : Sanah Helwah buat Abu Uttoh, (07 Rabi'ul Awal 1430)...
2 Mac 2009
Aku, Bank & Kereta Mini...
Baru-baru ni saya ke Abbas Aqod, atau lebih dikenali dengan nama Abbas A’ad, nama seorang ahli sasterawan Mesir yang terkenal satu ketika dulu. Tempatnya tak jauh, dalam 10minit perjalanan dari kuliah, naik bas hijau panjang, tambang nus genih jer. Biasa lah, time-time akhir bulan, ramai la ke sana mencari bangunan berlabel HSBC dan CIB Bank, coz the pocket is kering. Bertemankan seorang sahabat yang setia Syedah. Abu Uttoh tak dapat teman sebab ke Zagzig tengok perlawanan akhir bola sepak piala Presiden PMRAM. Kebiasaannya, saya ngan Abu Uttoh keluarkan duit kat CIB Bank cawangan Azhar (banin), sebabnya CIB Bank cawangan Abbas Aqod masih dalam proses pengislahan. Tapi Syedah kate kat Abbas Aqod tu still ada satu lagi cawangan yang lain but she’s not very sure where the location is. So, tengahari tu, bermulalah pencarian kami menelusuri imarah-imarah arab yang memeningkan kepala itu kerana struktur binaan imarah di Mesir ni boleh dikatakan semuanya same pattern. Setelah hampir sejam setengah melangkahkan kaki tanpa henti, akhirnya kami menemui sebuah bangunan berlabel CIB Bank yang semalam ni tidak diketahui akan kewujudannya di situ. Jam 3.05p.m,(waktu mesir),misi mengeluarkan duit berjaya…huhuhuh!! Dalam tak sedar, kaki terasa berat jer nak melangkah. Rupanya kaki dah lenguh sebab penat berjalan. Alhamdulillah, lepas ni tak perlu dah bersesak-sesak dalam bas dan menempuh perjalanan yang jauh ke CIB Bank di Azhar… Hooray!!!
Aisya : Tak ingat lak nak amik gambar CIB Bank, tapi sempat lagi posing kat kereta mini yang cute tu time on the way nak balik rumah...
1 Mac 2009
“The More We Get Together,The Happier We’ll Be”
5 Rabi'ul Awal 1430
Aisya : Seronok dan menyeronokkan…
Tajuk kat atas tu adalah tema hari keluarga & mahabbah (HIKMAT ‘09) tahun ni, yang merupakan acara tahunan Keluarga Penuntut Terengganu (KPT). Pelbagai acara dipertandingkan sama ada untuk ikhwah mahupun akhawat yang mana bermotifkan mahabbah dan kekeluargaan supaya dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesame ahli KPT.
Erm…tahun ni tak berpeluang sangat nak sertai pertandingan acara dewan, saje nak beri ruang untuk adik-adik baru menimba pengalaman. Tapi sempat jugak mencuba nasib pertandingan menghias kek. Sebenarnya tak de la pandai sangat nak hias2 kek ni..saje suke2. Tak tau la plak hiasan tu jadi pilihan hakim..huhu. Dalam acara “Beauty & The Beast” pada tahun ini saya ditaklifkan sebagai hakim walaupun sebelum-sebelum ni bergelar peserta. Maklum la dah tua katakan…huhuhu!!! Untuk acara padang plak tak berpeluang langsung nak sertai ape-ape acara disebabkan sedikit masalah kesihatan. Abu Uttoh lak, sememangnya aktif bersukan. Walaupun tak menang ape-ape acara berpasukan, tapi menang gak acara “Tuju Gol” yang mane dikhaskan untuk golongan mutazawwijin, dapat tupperware cute satu…hihihi!! Alhamdulillah, nampaknya hadaf HIKMAT tahun ini berjaya diungkai. Semoga ukhuwwah yang terbina antara warga KPT akan kekal erat buat selama-lamanya…Amin!

Langgan:
Catatan (Atom)