TINTA AISYA HUMAIRA

www.tinta-aisya.blogspot.com

Ahlan Wasahlan Ke Blog Tinta Aisya.
"Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah Ke Atas Kami Hikmah-Mu, Dan Limpahilah Ke Atas Kami Khazanah Rahmat-Mu. Wahai Tuhan Kami, Tambahkanlah Ilmu Kami Dan Luaskanlah Kefahaman Kami.Wahai Tuhan Kami, Lapangkanlah Dada-Dada Kami Dan Permudahkanlah Segala Urusan Kami". -Amin Ya Robb-
Selamat Melayari Blog Ini...

MUTIARA HADIS

www.tinta-aisya.blogspot.com

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu, Sehinggalah Dia Mengasihi Saudara Mereka (Sesama Islam), Sepertimana Dia Mengasihi Dirinya Sendiri" -Anas Bin Malik r.a.-
Ukhuwwah Fillah...

3 Julai 2009

Risalah Perang Dunia : Terhapusnya Ketauhidan Kepada Allah SWT

World War II (1939-1945)

11 Rejab 1430

Kehebatan Rasullulah SAW sebagai rasul terakhir dan para sahabat adalah menubuhkan empayar khalifah berteraskan Tauhid di seluruh dunia tidak terkecuali Nusantara. Melalui sistem ekonomi, Islam berkembang, melalui sistem kefahaman Tauhid Islam berkembang dan melalui sistem kemasyarakatan Islam berkembang.

Pada dasarnya Islam berkembang melalui sistem-sistem yang telah diasaskan oleh Rasullulah SAW. Tetapi sistem-sistem ini gagal difahami secara jelas di kalangan umat Islam kini. Apabila berlakunya perbahasan di antara Islam lebih kepada perbahasan hukum hakam Islam atau politik daripada perbahasan mengenai kaedah menjadi seorang Islam.

Sebagai seorang Muslim, di antara peringkat kaedahnya adalah :

1. Mengenal Tauhid kepada Allah SWT

2. Mengenal Sejarah Perjuangan Tauhid.

3. Mengenal Sistem-sistem Di Dalam Mempercayai Ketauhidan.

4. Mengenal Diri Sebagai Hamba Allah.


Kesemua peringkat kaedah ini telah diasaskan oleh Rasulullah SAW tetapi malangnya secara umumnya, umat Islam kini hanya memahami atau berbahas mengenai Islam perihal kaedah yang ketiga sahaja.

Ini terjadi adalah kerana terhapusnya sistem khilafah di muka bumi ini secara perlahan-lahan sejak kurun ke-8 lagi. Sistem khalifah yang diasaskan oleh Rasullulah SAW terhapus melalui cara peperangan atau kaedah-kaedah sistem yang diasaskan oleh Yahudi dan Nasrani. Khalifah yang terpilihlah yang menjaga atau mempastikan kaedah-kaedah itu terpelihara. Hancurnya khalifah umat muslim seperti seorang isteri kematian suami atau anak-anak kehilangan ibu bapa.

Apabila terhapusnya sistem khalifah mereka mula bergerak untuk menghapuskan Islam sejati. Ini berlaku dengan cara menanamkan sifat cintakan duniawi di dalam hati umat Islam. Apabila sifat cintakan dunia ini berjaya ditanamkam, maka lahirlah generasi umat Islam yang penakut. Manusia yang penakut selalunya dilihat sebagai manusia yang terlalu banyak memberi alasan apabila tuntutan tauhid diperlukan.

Pelbagai kaedah diwujudkan oleh Yahudi Nasrani untuk melemahkan umat Islam. Antaranya :

1. Peperangan memilih pemimpin. Yahudi Nasrani mengerti kaedah Islam memilih pemimpin adalah yang terbaik iaitu melaui kaedah Syura di kalangan ulama' dengan syarat Islam perlu dominan. Tetapi mereka mewujudkan sistem demokrasi. Satu dunia seolah-olah wajib mempraktikkan demokrasi. Mereka yang cukup umur sudah layak memilih pemimpin tanpa menyukat ilmu dan ketaqwaan mereka. Maka apabila pemimpin dipilih oleh mereka yang majoritinya kurang ilmu terutamanya ilmu agama, lahirlah pemimpin yang juga kurang ilmunya. Apabila pemimpin yang dipilih oleh mereka majoritinya sukakan hiburan, maka lahirlah pemimpin yang sukakan hiburan. Masyarakat berpecah sesama sendiri akibat fahaman politik yang pelbagai. Manusia lebih banyak berbicara soal politik tetapi tidak menbincangkan soal ketauhidan Allah SWT.

2. Peperangan melabelkan manusia mengikut ilmu atau sumbangan yang diiktiraf mereka seperti Dato’, Tan Sri, Sir, Professor, Dr. Mereka seolah-olah mewujudkan ilmu yang berhak diikuti hanya yang dimiliki oleh golongan ini. Hanya Tan Sri yang boleh bercakap betul, orang lain tidak betul. Hanya Dr orang pandai di dalam semua hal, orang lain kurang pandai. Maka terhapuslah sistem musyawarah di dalam memperbahaskan ilmu. Dan hilanglah sistem perhambaan diri kepada Allah SWT kerana unsur riak ditanamkan di sini.

3. Peperangan menguasai minda manusia melalui penjenamaan seperti menghasilkan produk yang pelbagai mengikut kelas-kelas penjenamaan manusia. Contohnya Mercedes untuk Datuk dan Datsun untuk pesawah padi. Banglo untuk Tan Sri, Kos rendah untuk penoreh getah. Pergaulan di dalam masyarakat pula mengikut jenis-jenis rumah atau jenis-jenis kereta. Ini juga menyebabkan hilangnya sistem perhambaan diri kepada Allah SWT kerana unsur riak juga disuburkan di sini.

4. Peperangan pemecahan ilmu kepada kelas-kelas tersendiri seperti wujudnya sesuatu ilmu hanya dimilikki oleh seseorang sahaja. Dr Fizik, Dr Kimia, Dr Perubatan. Sedangkan untuk lebih mempertingkatkan tauhid, kita perlu mempelbagai ilmu kita supaya kita lebih hampir mengenal Allah.

5. Peperangan menguasai jiwa Muslim melalui kaedah ekonomi. Sistem ekonomi kapitalis kesemuanya berdasarkan hutang. Tanpa berhutang ekonomi dunia kaku. Apabila manusia berani berhutang ekonomi dunia melonjak tetapi tanpa kita sedari jiwa Muslim seolah-olah telah di letak di Pajak Gadai. Mulut terkunci, tindakkan terbatas kerana jiwa muslim telah digadaikan kepada pajak-hutang. Apabila majikan tidak benarkan berhari-raya, Muslim hanya mengikut sahaja kerana di mata terbayangkan hutang. Jika melawan majikan mengambil tindakan. Tetapi tanpa disedari Roh Islam itu sendiri berkurangan akibat tidak menyambut Aidilfitri. Tahun demi tahun masyarakat muslim itu sendiri lemah. Sistem hutang yang diperkenalkan kapitalis ini juga adalah penyebab kepada penularan gejala rasuah.

6. Peperangan penghapusan sejarah. Muslim tidak kuat jika buta Sejarah atau tersilap memahami sejarah. Maka wujudlah badan-badan sejarah di serata negara di dunia kononnya untuk menggalakkan manusia memahami sejarah. Malangnya sejarah-sejarah menjadi bahan rekaan semata-mata dan penuh dengan tipu muslihat. Maka terhasillah umat Islam tanpa sejarah, seolah-olah seorang anak yang hidup tetapi tidak tahu asal usul keturunannya.

Jikalau kita muhasabahkan kaedah-kaedah yang diwujudkan ini, tujuannya adalah satu, untuk melemahkan tauhid umat silam melalui perpecahan masyarakat, perpecahan kepercayaan dan perpecahan pendapat. Kita sepatutnya lebih berbahas bagaimana untuk mempertingkatkan tauhid kita kepada Allah SWT atau mendominasikan Islam di sesebuah negara tetapi mereka memanipulasikan minda kita ini untuk berbahas perkara-perkara yang tidak bersangkutan dengan tauhid atau Islam.

Kata orang, kalau hendak berkawan, carilah kawan yang suka berbicara tentang Islam. Kalau berkawan dengan manusia yang lebih mementingkan dunia lama kelamaan kita juga akan menjadi seperti mereka. Kalau berkawan dengan kaki motor. lama-kelamaan kita juga akan merempit. Kerosakan atau kebaikan di dunia dilihat sepertimana kata pepatah sikit-sikit lama lama jadi bukit.

Aisya : Itu adalah antara contoh peperangan yang diwujudkan oleh Yahudi Nasrani untuk melemahkan ketauhidan umat Islam kepada Allah. Apabila lemahnya Tauhid umat Islam di seluruh dunia maka bersedialah Yahudi untuk menyambut ketua mereka, The One Eye, Dajjal.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Tinta Aisya is wearing Abu Uttoh by Aisya Studio | To Blogger by Aisya Humaira at Faisal'z Studio | Entries (RSS) and Comments (RSS).