TINTA AISYA HUMAIRA

www.tinta-aisya.blogspot.com

Ahlan Wasahlan Ke Blog Tinta Aisya.
"Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah Ke Atas Kami Hikmah-Mu, Dan Limpahilah Ke Atas Kami Khazanah Rahmat-Mu. Wahai Tuhan Kami, Tambahkanlah Ilmu Kami Dan Luaskanlah Kefahaman Kami.Wahai Tuhan Kami, Lapangkanlah Dada-Dada Kami Dan Permudahkanlah Segala Urusan Kami". -Amin Ya Robb-
Selamat Melayari Blog Ini...

MUTIARA HADIS

www.tinta-aisya.blogspot.com

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu, Sehinggalah Dia Mengasihi Saudara Mereka (Sesama Islam), Sepertimana Dia Mengasihi Dirinya Sendiri" -Anas Bin Malik r.a.-
Ukhuwwah Fillah...

9 Februari 2009

Jumpe Lagi Kerang...!!!

Haa...ni lah kerang yang Abu Uttoh kutip. Besar kan?!

Abu Uttoh posing kat Pantai Dumyat...

Obor-obor terapung kat tepi pantai

14 Safar 1430

Kelmarin, saya, zauj ngan kawan-kawan mengikuti rehlah yang dianjurkan KPT ke pantai Dumyat. Hadafnya bukanlah untuk makan angin tapi nak cari kerang. Perjalanan yang agak jauh mengambil mase kira-kira 3jam setengah. Memang teramat meletihkan mata, tapi kerang punya pasal kutempuhi jua,hehehe...
Dalam kul 11.30pg kami sampai ke pantai Dumyat yang sunyi sepi dan hanya berteman gelora ombak dan deruan angin. Pesisirnya berlatarbelakangkan rumah-rumah yang cantik bak singgahsana permaisuri Balqis...terdetik di hati untuk memiliki singgahsana seperti itu...huhu. Selesai sahaja santapan tengah hari bersama zauj tersayang, kami memulakan sesi fotografi supaya ianya menjadi kenangan buat kami dalam menikmati keindahan alam dan nikmat kurniaan Allah SWT ini. Ekspedisi diteruskan lagi dengan hadaf utama kami. Berbekalkan beg merah hitam pemberian sahabat, kami penuhinya dengan kerang-kerang. Zauj saya menunjukkan ke’expert’annya mencari kerang sehingga kerang-kerang besar tidak mampu lagi untuk bersembunyi...hehehe!! Kami meneruskan lagi pencarian menelusuri pesisir pantai Dumyat yang kian surut airnya. Beg merah hitam semakin dipenuhi dengan kerang. Kami masih rakus mencari dan terus mencari. Menyedari petang yang semakin melabuhkan tirai, kami bersiap sedia untuk pulang. Kelihatan sahabat-sahabat membawa guni-guni yang penuh dengan kerang menuju ke tremco untuk dibawa pulang. Kami singgah sebentar di masjid Ad-Dakwah yang sememangnya terkenal di Bandar So’idi yang terletak di tengah-tengah bandar Dumyat Jadid untuk menjamakkan solat sebelum meneruskan perjalanan pulang.
Perjalanan diteruskan. Keletihan mematahkan tengkuk-tengkuk kami dan membuaikan mimpi. Alhamdulillah, walaupun hanya seciput kepuasan terlakar di wajah kami, namun kami tetap bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Robbul Izzati Yang Maha Agung.

Aisya : Kepada kerang-kerang semua, tunggulah kedatangan kami pada musim sejuk akan datang, insyaAllah...

2 ulasan:

Shahibul Afzan Wahab berkata...

masya Allah...besarnya kerang kat sana...semoga bahagia selalu ina=)

Tanpa Nama berkata...

xaci amik gambo kerang beso..hok kecik belambok dalam supik..hehehe..oo..bulan madu kat pantai dumyat ye..;p

Related Posts with Thumbnails

Tinta Aisya is wearing Abu Uttoh by Aisya Studio | To Blogger by Aisya Humaira at Faisal'z Studio | Entries (RSS) and Comments (RSS).