TINTA AISYA HUMAIRA

www.tinta-aisya.blogspot.com

Ahlan Wasahlan Ke Blog Tinta Aisya.
"Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah Ke Atas Kami Hikmah-Mu, Dan Limpahilah Ke Atas Kami Khazanah Rahmat-Mu. Wahai Tuhan Kami, Tambahkanlah Ilmu Kami Dan Luaskanlah Kefahaman Kami.Wahai Tuhan Kami, Lapangkanlah Dada-Dada Kami Dan Permudahkanlah Segala Urusan Kami". -Amin Ya Robb-
Selamat Melayari Blog Ini...

MUTIARA HADIS

www.tinta-aisya.blogspot.com

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu, Sehinggalah Dia Mengasihi Saudara Mereka (Sesama Islam), Sepertimana Dia Mengasihi Dirinya Sendiri" -Anas Bin Malik r.a.-
Ukhuwwah Fillah...

29 April 2009

Gambaran Manusia Yang Berdosa Di Padang Mahsyar

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku! Jauhilah aku dari azab api neraka-Mu. Amin Ya robb...

4 Jamadil Awal 1430

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia.

BERWAJAH KHINZIR
Suka memberi dan menerima rasuah.

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman.

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu dan mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran.

BERJALAN TERHOYONG HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan.

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia di dalam masjid.

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba (orang yang digelar along-ceti haram).

TIDAK BERTANGAN DAN TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti dan menyusahkan jiran sekeliling.

WAJAH DAN BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat dan lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun.

PERUTNYA DIPENUHI ULAR DAN KALA JENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan dan lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi.

TIDAK BERLIDAH DAN DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah.

BERJALAN KAKI KE ATAS DAN KEPALA KE BAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina.

MUKA HITAM DAN PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim.

KULIT DIPENUHI SOPAK DAN KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya.

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS DAN AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak atau segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.

Aisya : Sebagai peringatan buat kita yang sering lalai. Wallahua'lam...

27 April 2009

Kami Tertipu...!!!

Ni la bas no 80 palang untuk ke jawazat. Cute kan bas ni, huhuhu!! Naik sorang2 sbb awal2 pagi camni orang tak ramai.

2 Jamadil Awal 1430

SABTU, 25/4/09- Saya ngan Abu Uttoh ke jawazat (imegresen) untuk menyambung visa yang telah tamat Mac lalu. Hari Sabtu jer Malizi leh wat urusan. Dah masuk 3 minggu visa saya ni lum siap-siap lagi. Tak tahulah kenapa susah sangat nak berurusan ngan Arab ni, kene bagi ‘ish’ ngan ‘syai’ agaknya. Arab ni, kalu ngah keje pun diorang leh makan & sembang-sembang. Tu la yang buatkan kitaorang Malizi ni geram, dah la berjam-jam berdiri, beratur panjang, lenguh, penat, semua ada, diorang lak wat keje sambil lewa jer. Kite lak kene tunggu diorang habis makan & sembang. Kalu tegur kang kene marah. Kalu kat Mesia, takdelah camni, tapi tu kat Mesia, buat ape nak citer kan…

Sebenarnya minggu sebelum tu pun kami dah ke sana, tapi ablah cakap usbu’ gai (minggu akan datang @ minggu depan). Alasannya, borang saya still lum diproses lagi. Erm, mungkin pada aritu saya agak kelewatan daripada biasa, so dia malas nak cari nama saya. Tapi takde la lewat sangat pun,sebabnya ade lagi yang lebih lewat dari saya. Takpe la, dengan hati yang sikit geram, saya ngan Abu Uttoh pun make a decision to go home. Nak buat ape tunggu lagi kat situ kan?! Kalu tunggu pun, takde gunanya. Yang hairannya, kawan-kawan saya yang lain hanya seminggu je dah siap, nak buat camne, sape suruh tak pegi minggu lepas?! Alasannya, sibuk, hehehe!! Takpe la, maybe tu rezeki diaorang. Kat Mesir ni kena banyak-banyak bersabar. Semoga aku tergolong dari kalangan orang-orang sabar, amin Ya Robb...

Ni saya punya passport...

So, nak dijadikan ceritanya, pada hari sabtu baru ni, kami pagi-pagi lagi (pas subuh, terus pegi) ke mahattoh zahra’ mengintai-ngintai bas no 80 palang untuk ke jawazat, dengan azam tak nak bersesak-sesak beratur panjang & boleh balik awal (coz nak study - kononnya lah…huhuhu!!). Tapi cam ade satu kelainan je yang kami terperasan pada awal pagi tu. Jalan agak lengang daripada biasa. Nak kata kami turun dari umah terlalu awal sangat, tak jugak walaupun aritu memang first time kuar awal-awal pagi camtu. Sebab kebiasaanya, time-time camtu Arab dah ramai berkeliaran. Okey, sampai je kat jawazat dah ade beberapa orang Malizi & Indon yang beratur kat luar gate jawazat tu. Tapi akhawat masih belum kelihatan, bermakna saya la akhawat yang pertama sampai. Semakin lama semakin ramai ikhwah dan akhawat yang sampai dan beratur di luar gate tu. Yang peliknya, dah kul 8.30pg pun, gate tu still tak dibuka. Kaki ni pun dah terasa lenguh berdiri. Tunggu punya tunggu, akhirnya datang la seorang hamba Allah memberitahu, arini 25/4/09 merupakan hari cuti bagi Negara Mesir, Tahriru Saina’ (pembebasan Wilayah Sinai dari jajahan Israel). Waaaaa…kami tertipu…waaaaa…!!

Aisya : Doakan saya dan sahabat-sahabat lain dapat taslim iqomah pada Sabtu minggu depan ek!!

Mari Baca Al-Quran!

Al-Quran panduan hidup...

2 Jamadil Awal 1430

walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al-Quran. Bacalah setiap hari paling sedikit sehelai. Jika sibuk sekali pun carilah masa untuk membacanya. Jadikan hati kita ini sentiasa dekat dgn Al-Quran kerana Al-Quran itu cahaya penyuluh hidup.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah SWT. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya".

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Apabila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat iaitu Mungkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat". "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Mungkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat-malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Aisya : Semoga Allah SWT memberikan kita hidayah-Nya. Mari Baca Al-Quran!

24 April 2009

Tag Oh Tag...!!

28 Rabi'ul Akhir 1430

Banyak kali dah kena tag ngan bintu, tapi baru je berpeluang nak jawab.sori3 maaa. Maklum la imtihan dah dekat sangat ni. Okey3, ni jawapan untuk tag yang pertama, harap cik bintu puas hati k, walaupun semua soalan tak dijawab, huhuhu!

APAKAH HUBUNGAN AWAK DAN DIA (CIK BINTU)?
Adik n kakak

5 IMPRESSION TERHADAP DIA?
Adik yang cumil,
Suke memasak ,
Suke main Adobe Photoshop,
Baik hati,
Pemurah.

PERKARA YANG PALING MEMORABLE YANG DIE BUAT KAT AWAK?
Selalu ajak makan makanan yang best2 time g umah die. Langkah kanan, huhuhu!!

PERKARA YANG PALING MEMORABLE YANG DIA KATE KAT AWAK?
Kak Ina kena habiskan makanan ni lu sebelum balik umah, uwaaaaaaaaaaaaa….!!

KALAU DIA KEKASIH AWAK…AWAK AKAN…???
Mamnu’ kida sebabnya saya ni dah de kekasih hati dunia akhirat…(“,)

KALAU DIA JADI MUSUH AWAK…AWAK AKAN DAH LAMA…???
Cubit pipi die sampai merah, hua3, tak baik la…

KALAU DIA JADI MUSUH AWAK…MUNGKIN KERANA…???
Erm…tak mungkin kot, sbb cik bintu ni baik. Kalu tak caye, tanya cik waniey’s…


Ni plak jawapan untuk tag yang kedua :

ANDA PERLU PRINTSCREEN WALLPAPER YANG TENGAH ANDA GUNE SEKARANG

Erm...gambar sape tu ek?!

BAGITAHU KENAPA ANDA SUKE WALLPAPER ITU?
Nape ek?! Erm...first skali sbbnya zauj yang buatkan khusus untuk saya, huhuhu!! Yang kedua sbb ade corak yang menarik & yang ketiga sbb warna wallpaper tu is my peberet kaler.

AISYA : Pasni, bintu lak kene jawab tag yang pertama tu bile ade mase yer..k, Salam imtihan. Bittaufiq wannajah!

9 April 2009

Kita Sebenarnya Sudah Tahu...

Tetapi???

13 Rabi'ul Akhir 1430

Kita sebenarnya sudah tahu bahawa kita akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sedar.

Kita sebenarnya sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih tetap mencintainya.

Kita sebenarnya sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Kita sebenarnya sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Kita sebenarnya sudah tahu bagaimana azabnya api neraka, tetapi masih melakukan dosa.

Kita sebenarnya sudah tahu dan mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selain-Nya.

Kita sebenarnya sudah tahu dan mengenalpasti syaitan sebagai musuh, tetapi masih mahu mematuhinya.

Aisya : Sudahkah anda menunaikan solat? Sendiri mau ingat yer...

Related Posts with Thumbnails

Tinta Aisya is wearing Abu Uttoh by Aisya Studio | To Blogger by Aisya Humaira at Faisal'z Studio | Entries (RSS) and Comments (RSS).