TINTA AISYA HUMAIRA

www.tinta-aisya.blogspot.com

Ahlan Wasahlan Ke Blog Tinta Aisya.
"Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah Ke Atas Kami Hikmah-Mu, Dan Limpahilah Ke Atas Kami Khazanah Rahmat-Mu. Wahai Tuhan Kami, Tambahkanlah Ilmu Kami Dan Luaskanlah Kefahaman Kami.Wahai Tuhan Kami, Lapangkanlah Dada-Dada Kami Dan Permudahkanlah Segala Urusan Kami". -Amin Ya Robb-
Selamat Melayari Blog Ini...

MUTIARA HADIS

www.tinta-aisya.blogspot.com

"Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak Sempurna Iman Seseorang Itu, Sehinggalah Dia Mengasihi Saudara Mereka (Sesama Islam), Sepertimana Dia Mengasihi Dirinya Sendiri" -Anas Bin Malik r.a.-
Ukhuwwah Fillah...

23 Mac 2010

4 Perkara Yang Berharga Dalam diri Manusia

Jauhi hasad dengki

8 Rabi'ul Akhir 1431

Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:
Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.

Adapun yang berharga itu ialah

- akal
- agama
- malu
- amal soleh.

" Maka akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak dan
Amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.”

Aisya: Wallahua'lam

9 Mac 2010

Mengapa Anda Perlu Sertai Perniagaan HPA

HPA (Hadiah Pemberian Allah)

25 Rabi'ul Awal 1431

Pengasas HPA
HPA diasaskan oleh Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad. Berkelulusan Ijazah dalam bidang Kajian Botanikal Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Univ. Putra Malaysia). Mempunyai kepakaran dalam bidang herba dan keturunannya adalah orang-orang yang sangat arif tentang herba.

Syarikat HPA
Mula dikenali sebagai PTA (Perubatan Tradisional AlWahida) pada 1986. HPA Industries Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1995 dan HQ terletak di Jejawi, Perlis. Milik 100% bumiputra Muslim. Hampir 20 tahun dalam industri herba. Memberi gambaran bahawa ia sebuah syarikat yang stabil dan kukuh.

Pekerja HPA
HPA memperkenalkan GMP Syariah yang mengetengahkan beberapa perkara penting kepada setiap pekerjanya. Semua pekerja kilang HPA diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

Kilang HPA
Semua kilang HPA mendapat penarafan GMP (Good Manufacturing Practice), Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh BPFK, Kem Kesihatan Malaysia. Kini HPA mempunyai beberapa buah kilang di Malaysia dan sebuah di Indonesia. Dan HPA juga sedang berusaha untuk membina beberapa buah kilang lagi di Malaysia.

Ladang herba HPA
HPA mempunyai ladang herba seluas 500 ekar di Perlis yang antara tanaman utamanya ialah pegaga, roselle, misai kucing dan lain-lain lagi.

Produk HPA
Semua produk HPA mendapat kelulusan dari BPFK, KKM, sijil HALAL daripada Jakim. Kini HPA mempunyai lebih 100 jenis produk dipasaran. Produk HPA dikategorikan kepada: produk herba @ makanan kesihatan, makanan/minuman, kegunaan harian, umrah/haji dan kosmetik.

Harga produk HPA
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

Pengiktirafan
HPA telah menerima Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2000) dan Sijil Penghargaan Program Penyelidikan dan Pembangunanan (R&D) daripada SIRIM Berhad.

Perniagaan MLM HPA
Perniagaan HPA adalah bersifatkan perubatan herba dan produk-produk kegunaan harian. Sistem MLM digunakan untuk mmberi peluang kepada ahli menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Plan pemasaran MLM(Syariah) HPA - ‘Adil & Sukses’
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 (lebih 10 tahun bertahan dalam MLM) dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. Ini bererti plan pemasaran HPA adalah berlandaskan syarak, telus, adil, tiada perangkap dan tiada penipuan.

Perubatan herba dan perawatan holistik
HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang merangkumi ilmu perubatan herba, diagnosis penyakit dan perawatan. Terdapat kursus Siji Herbalis dan program Perkongsian Ilmu Cemerlang yang diadakan untuk memberi peluang kepada ahli HPA untuk mempelajari ilmu herba.

Testimoni pengguna produk HPA
Testimoni adalah faktor penting kemujaraban herba ciptaan-Nya! Kini, ramai yang mengakui bahawa produk HPA mampu mengubati penyakit tertentu yang dihadapi segolongan masyarakat Malaysia dan Indonesia. Sehingga kini, HPA mempunyai ribuan testimoni pengguna sama ada yang telah direkodkan secara bertulis atau pun tidak bertulis.

Latihan keusahawanan
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS).

Koperasi Wahida Berhad
HPA menubuhkan koperasi ini untuk menjalankan beberapa projek yang antaranya ialah mengadakan pasaraya Muslim, kilang botol dan plastik, tawaran pinjaman dan lain-lain lagi. Pelaburan saham koperasi dibuka kepada ahli HPA sahaja. Ini bagi membolehkan ahli menikmati keuntungan bersama.

Cawangan dan stokis HPA
Kini HPA mempunyai lebih 75 cawangan dan ratusan stokis di seluruh negara. HPA juga mempunyai cawangan dan stokis di Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Kebajikan
Setiap bulan HPA tidak lupa untuk menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Setiap kotak Kopi Radix purata 15sen di masukkan tabung kebajikan HPA. Sambil anda mengguna, anda berbuat kebajikan.

Pengiklanan di media
Produk HPA seperti Kopi Radix dan Cereal Radix kini diiklankan di radio (IKIM.fm), surat khabar (Harian Metro), televisyen (TV3& TV9), papan iklan (di Alor Setar) dan pengangkutan awam iaitu di bas-bas (di Alor Setar)

Potensi pendapatan yang tiada had
Bonus bulanan dan pelbagai bayaran insentif akan dibayar syarikat mengikut usaha anda. Lebih gigih anda bekerja, lebih banyak yang anda boleh perolehi. Pendapatan anda tidak ditetapkan pada kadar gaji bulanan kerana anda bukan makan gaji.

Peluang melancong
HPA menawarkan peluang melancong dan umrah sebagai insentif kepada para pengedarnya yang mencapai tahap jualan dan pangkat tertentu.

Kos perniagaan yang amat rendah
Hanya RM30 untuk melayakkan anda menjadi pengedar barangan HPA dan mempelajari pelbagai ilmu perubatan herba yang diselaraskan dengan kehendak syarak.

Kesihatan yang baik
HPA mengeluarkan banyak produk kesihatan yang tentunya amat bermanfaat jika diamalkan oleh semua. Sebagai pengamal produk kesihatan HPA, inshaAllah anda akan mendapati tahap kesihatan anda menjadi semakin baik.

Ramai kawan
Tentunya ini juga kelebihan yang tidak patut anda pandang remeh. Penyertaan anda dalam perniagaan HPA membolehkan anda bergaul dengan insan dari pelbagai peringkat usia dan latarbelakang pendidikan berbeza yang tentunya akan memberi manfaat.

Aisya : Jom pakat join HPA...!!

7 Mac 2010

Selamat Kembali...

Tinta Aisya

22 Rabi'ul Awal 1431

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Pertama-tamanya saya pohon jutaan kemaafan daripada pembaca-pembaca setia blog TINTA AISYA ini kerana telah sekian lame tak mengupdate blog ini. Jadual yang padat sebagai seorang muslimah, seorang pelajar dan sebagai seorang isteri menyebabkan diri ini tak sempat nak menjenguk blog kesayangan ni. Hari ni, terdetik di hati untuk mengupdate blog ni dek kerana kerinduan yang teramat pada TINTA AISYA…hehe!! Erm…takde ape yang nak di postkan buat kali ni. Kuliah pun dah kembali bermula, jadi tak banyak la posting-posting yang boleh dipublishkan buat mase sekarang. Jika diizinkan Allah dan dilapangkan masa, insyaAllah akan ade lah posting-posting berguna dan berfaedah yang ingin dikongsi bersama pembaca-pembaca sekalian. Semoga segala apa yang kita lakukan ini akan sentiasa mendapat redha dan keberkatan daripada Allah S.W.T…Ameen Ya Robb!!

Aisya : Ahlan... Ahlan...

28 Ogos 2009

Antara Kesilapan-Kesilapan Orang-Orang Islam Di Bulan Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan

8 Ramadhan 1430

Antara kesilapannya ialah :

PERTAMA : Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang boleh diterima syara').
Keadaan seperti ini ada disebutkan di dalam hadith yang bermaksud : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasanya) maka hendaklah dia berpuasa baki harinya itu". (riwayat Bukhari)

KEDUA : Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" dari sudut bahasa Arab bermaksud "Aslah" iaitu (waktu terakhir di hujung malam).
Imam Ibnu Hajar menegaskan di dalam kitabnya Fathul Bari : "Melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW".

KETIGA : Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh Allah SWT.

KEEMPAT : Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini juga adalah satu kesilapan yang amat besar bagi umat Islam masa kini. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tunggak kepada keislaman seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yang akan ditanya oleh Allah SWT kepada kita di akhirat kelak.

KELIMA : Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan kerja yang kita lakukan di pejabat atau di mana-mana tempat kerja pun, bila diniatkan sebagai ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.

KEENAM : Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah. Sedangkan Imam As-Suyuti menegaskan bahawa hadith yg menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah. (Al-Jami' as-Soghir : Faidhul Qadir, Al-Munawi)

KETUJUH : Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh berjemaah yang disebut oleh Nabi SAW : "Bagi orang yang mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka dia akan beroleh pahala menghidupkan seluruh malam".

KELAPAN : Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat sekadar inginkan kemeriahan di bulan Ramadhan. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu (lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk suatu kemeriahan, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha Allah SWT sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith yang bermaksud :
"Sesungguhnya sesuatu amalan itu adalah di kira berdasarkan niat". (Riwayat Bukhari)

KESEMBILAN : Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'. Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan Allah dan Rasul-Nya... wal'iyazubillah min zalik.

Aisya : Ahlan Ya Ramadhan... Alhamdulillah, tahun ni dapat berpuasa dan berterawih bersama keluarga.

8 Ogos 2009

Kecelakan Zina

Jauhilah perlakuan zina

18 Sya'ban 1430

“Wahai sekalian manusia, jauhilah oleh mu akan perbuatan zina, kerana ianya mendatangkan 6 kecelakaan. Ada pun yang 3 di dunia, dan 3 pula di akhirat, iaitulah menjatuhkan harga diri menyebabkan kemiskinan dan memendekkan umur, dan 3 lagi di akhirat ialah dibenci Allah, keburukan semasa perhitungan dan azab seksa neraka. - (Hadith riwayat Huzaifah r.a.)

Perlakuan zina telah dilarang keras oleh Allah sejak dari zaman Nabi Musa a.s. Nabi Isa Al-Masih sendiri amat memandang berat perlakuan ini hinggakan baginda sentiasa berpesan kepada murid-muridnya ; sekiranya kamu telah terlanjur melakukan zina (memandang wanita dengan penuh syahwat), maka adalah lebih baik dikorekkan mata-mata kamu.

“Janganlah kamu mendekati zina, kerana ianya tersangat keji dan merupakan jalan yang amat jahat" (Al-Isra’ : 32)

“Dan lelaki penzina, yang dinikahinya ialah perempuan penzina atau perempuan musyrik. Perempuan penzina dinikahkan baginya ialah lelaki penzina atau lelaki musyrik, dan diharamkan yang demikian itu atas orang yang beriman” (Surah An-Nur : 3)

Islam menggesa lelaki yang beriman agar mencari jodoh dengan perempuan yang beriman, begitu juga perempuan digesa mencari jodoh dengan lelaki yang beriman agar rumahtangga yang dibina akan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Perkahwinan hendaklah diletakkan atas dasar amanah Allah bukan atas dasar cinta semata-mata.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Hendaklah kamu sentiasa berwasiat dan berpesan-pesan terhadap perempuan dengan sebaik-baiknya kerana kamu mengambilnya sebagai isteri adalah amanah dari Allah dan dengan itu halallah kehormatannya bagimu, setelah dihalalkannya dengan kalimah Allah” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Definasi berzina menurut Islam ialah persetubuhan yang terjadi di luar nikah, walaupun dalam keadaan suka sama suka. Untuk menghalalkan persetubuhan dan menjaga kehormatan, hendaklah dihubungkan lelaki dan perempuan dengan ikatan yang sah iaitu ikatan pernikahan.

Pada zaman pemerintahan khalifah Ar-Rasyidin yang ke-4 iaitu Saidina Ali bin Abi Thalib KWJ, mereka yang melakukan liwat iaitu persetubuhan antara lelaki sesama lelaki mahupun perempuan sesama perempuan, dikenakan hukum yang amat berat, iaitu dibakar. Hukuman bunuh pula dikenakan bagi mereka yang melakukan persetubuhan dengan haiwan.

Kecelakaan zina

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :

”Sesungguhnya bumi beserta tujuh petala langit mengutuk sekeras-kerasnya bagi mereka yang selalu melakukan zina dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kemaluan pelacur teramatah busuk sehingga menggangu penghuni-penghuni neraka" (Hadis riwayat Al-Bazzar)

Kesimpulannya

Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah menjaga kemaluan dan kehormatan dari terjebak dengan sebarang perlakuan zina kerana zina termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (Al-Kaba'ir) sepertimana dosa orang yang membunuh, meminum arak dan sebagainya.

“Janganlah kamu mendekati zina, kerana ianya tersangat keji dan merupakan jalan yang amat jahat" (Al-Isra’ : 32)
Larangan zina sepertimana ayat di atas mempunyai maksud yang amat mendalam. Selain dari larangan melakukan zina itu, Allah juga melarang kita melakukan perkara-perkara yang boleh mendorong ke arah zina seperti memandang aurat wanita, mendengar sesuatu yang boleh menaikkan syahwat seperti kelunakan suara wanita, bergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan sebagainya.

Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan syahwat yang berahi kerana sekiranya aurat tidak ditutup dengan sempurna ianya akan mengundang kepada berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.

Hari ini seakan sudah menjadi trend muda mudi yang kebanyakannya memakai pakaian yang terlalu pendek, ketat, nipis, jarang, membentuk tubuh dan menjolok mata. Fenomena seperti ini wajiblah dicegah demi menjaga kesejahteraan seluruh masyarakat dan yang paling penting supaya maruah dan harga diri kita terjaga.

Segala saluran boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Aisya : Kebanyakan wanita hari ini terlalu ghairah mengejar dunia fesyen yang mana membuatkan mereka lupa bahawa mereka sedang menjual maruah dan harga diri mereka. Pakaian yang ketat dan menjolok mata itulah yang sentiasa menjadi buruan mereka. Semakin hari semakin ketat, semakin hari semakin singkat, seolah-olah dunia ini sudah kehabisan kain untuk dijadikan pakaian. Dulu, mungkin kita pernah terfikir betapa peliknya dunia ini sekiranya manusia tidak lagi berpakaian, mungkin kita terfikir bahawa itu tidak mungkin akan terjadi. Tetapi lihatlah sekarang, di negara-negara barat, telah banyak pantai-pantai dibuka yang mana pengunjung-pengunjungnya tidak dibenarkan memakai seurat benang pun di badan ketika berjemur. Malahan pantai-pantai sebeginilah yang menjadi tumpuan ramai. Juga umat Islam.
Satu pesanan buat wanita, terutamanya yang masih gemar berpakaian seksi dan menjolok mata, satu fakta yang amat jelas kebenarannya, bahawa nafsu wanita bermula dengan sentuhan, manakala nafsu lelaki bermula dengan pandangan. Ramai wanita masih tidak mengetahui fakta ini dan merasakan bahawa dengan berpakaian ketat tidak akan membuatkan lelaki merasa berahi sedangkan kita perlu sedar bahawa kitalah pendorong sebenar terjadinya gejala maksiat. Jadi, untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini seperti rogol, zina dan sebagainya, beramallah dengan Islam yang mensyariatkan aurat sebagai maruah dan harga diri seorang muslimah.

Related Posts with Thumbnails

Tinta Aisya is wearing Abu Uttoh by Aisya Studio | To Blogger by Aisya Humaira at Faisal'z Studio | Entries (RSS) and Comments (RSS).